Azmin takut bayang-bayang sendiri...ITu Perangai Azmin Ali Seorang MB..?

Tindakan menghalang kakitangan kerajaan Selangor melanggan Utusan dan Berta Harian membuktikan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali seorang yang penakut.

ADUN Sungai Panjang, Budiman Mohd. Zohdi berkata arahan semua jabatan, agensi serta anak syarikat kerajaan negeri menghentikan langganan dua akhbar utama di Malaysia itu merupakan tindakan politik bagi menyekat pihak akhbar daripada mendedahkan kelemahanMenteri Besar Selangor itu.

Budiman berkata, Azmin harus berfikiran terbuka serta berani menerima kritikan daripada pelbagai pihak khususnya media termasuklah membabitkan hal-hal dalam pentadbirannya.

“Bagaimanapun, beliau (Azmin) bertindak seper­ti takut kepada bayang-bayang sendiri. Jangan anggap media sebagai batu penghalang kepada cita-cita politiknya.

“Menteri Besar perlu ingat pentadbirannya bukanlah maksum. Justeru, isu atau masalah yang dilaporkan mengenai kelemahan pentadbiran Selangor harus dijadikan fokus kepada beliau untuk membuat penambahbaikan, bukannya menuduh akhbar itu sebagai penyebar fitnah,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana