WAN AZIZAH BERTAMBAH POPULAR SELEPAS NAJIB SEBUT DALAM #BAJET2018

“SEJAK semalam saya rasa seperti selebriti apabila tidak berhenti-henti menerima panggilan telefon dan WhatApps daripada pelbagai pihak mengucapkan tahniah,” kata usahawan ayam proses, Wan Azizah Wan Salleh, 45.

Nama Wan Azizah atau lebih dikenali sebagai Kak Wan menjadi popular selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2018 menceritakan kejayaan peniaga itu sebagai peminjam atau sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) yang berjaya menjadi jutawan.

Najib dilaporkan berkata, Kak Wan berjaya menjadi jutawan dalam bidang ternakan dan pemprosesan ayam dengan modal permulaan RM500 daripada AIM pada 1993.

Ibu kepada enam anak itu berkata, dia terharu sebaik Perdana Menteri menyebut namanya dalam pembentangan Bajet 2018 di Parlimen, semalam.

Katanya, ia bukan saja sebagai satu pengiktirafan terhadap usahanya sebelum ini malah menjadi suntikan baru untuk melangkah lebih jauh.

“Saya enggan mendabik dada dengan pujian itu kerana masih banyak perkara perlu dilakukan namun semangat diberikan Perdana Menteri itu saya akan jadikan batu loncatan bagi menghadapi kehidupan yang semakin mencabar ini.

“Insya-Allah, saya akan berkongsi segala pengalaman yang ada untuk membantu golongan wanita lain terutama ahli AIM,” katanya ketika ditemui di kedainya di Banir Belikong di Pasir Puteh, hari ini.

Menurutnya, ilham berniaga ayam tercetus sebaik mendapati tiada peniaga ayam di sekitar Banir Belikong sebelum dia nekad membuat pinjaman AIM.

Katanya, sebelum bergelar usahawan, dia terpaksa berdepan pelbagai cabaran bersama suami, Mat Yazid Jusoh, 49, termasuk masuk segenap pelusuk kampung menjual ayam dengan mengayuh basikal buruk.

“Setahun sebelum meminjam RM500 dengan AIM pada 1993, kami hidup kais pagi, makan pagi berikutan kekurangan wang untuk membeli makanan sebaik berhenti kerja kilang.

“Sebaik melihat perniagaan semakin berkembang, saya membeli sebuah mesin memproses ayam menggunakan pinjaman AIM lain dan terus meminjam hingga ke hari ini. Terima kasih kepada AIM kerana sudi membantu saya sekeluarga untuk mengubah kehidupan,” katanya. – HMetro

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana