Tol Batu Tiga Dimansuh Atas Permintaan UMNO Shah Alam

PEMANSUHAN tol Batu Tiga merupakan saat yang dinanti-nantikan oleh seluruh warga Shah Alam. Pengumuman pemansuhan kutipan tol di beberapa lebuh raya, termasuk tol Batu Tiga dan Sungai Rasau di Selangor yang dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini disambut penuh kesyukuran.

Ironinya Azmin Ali dilihat cuba meraih “milage” dari pengumuman tersebut apabila memuatnaik di laman twitter beliau kononnya pemansuhan tersebut dibuat atas keberanian rakyat.

Tahniah rakyat Selangor. Atas keberanian rakyat maka @NajibRazak batal tol Batu 3.

Pada masa ini, pengguna kereta dikenakan tol RM1.10 di Batu Tiga, manakala RM1 di Sungai Rasau menuju Klang.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan bajet dengan tema, “Memakmurkan Ekonomi Yang Inklusif Mengimbang Keunggulan Duniawi dan Ukhrawi Demi Mensejahtera Kehidupan Rakyat, Menuju Aspirasi Transformasi Nasional 50 (TN50)”, yang terakhir sebelum pilihan raya umum ke-14 yang perlu diadakan menjelang pertengahan tahun depan.

Pada Ogos baru-baru ini, Umno Shah Alam pernah membentangkan usul supaya kutipan tol Batu Tiga dan Sungai Rasau dimansuhkan. Menurut Ketua Penerangan Umno Shah Alam, pemansuhan itu akan meluaskan peluang Barisan Nasional (BN) menawan kembali Selangor.

“Rakyat perlu membayar tol setiap kali melalui lebuh raya sama ada dari arah Klang, Shah Alam ke Kuala Lumpur dan sebaliknya.

“Tidak cukup beban membayar tol, pengguna dihidangkan dengan kesesakan lalu lintas dan berdepan tekanan emosi,” kata Ketua Penerangan Umno Shah Alam, Razalee Ahmad.

Beliau membentang usul itu pada mesyuarat perwakilan Umno Shah Alam. Razlee yakin Barisan Nasional (BN) akan berjaya menawan kembali Selangor jika tol tersebut dimansuhkan. Menurut beliau, plaza tol itu juga digunakan oleh rakyat melibatkan 6 kawasan parlimen iaitu Shah Alam, Kapar, Kuala Selangor, Tanjong Karang dan Sungai Besar.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana