Tergamak Mahathir hina keturunan Bugis – Ismail Sabri

 Kesal dengan apa yang berlaku, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak pernah menduga bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tergamak menghina keturunan seseorang serta masyarakatnya demi kepentingan politiknya.

Katanya, tindakan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) disifatkan seperti kebudak-budakkan dan tidak mencerminkan dirinya sebagai seorang yang pernah menerajui negara selama 22 tahun.

“Kalau beliau nak serang orang politik kenapa sampai mengaitkan dan menghina keturunan orang itu lanun dan sebagainya. Seranglah melalui pendekatan politik.

“Tak terfikir oleh saya bagaimana seorang bekas pemimpin negara boleh menghina orang dengan keturunan sedangkan beliau patut sedar bahawa Sultan Johor dan Sultan Selangor adalah keturunan bugis,” tegas Ahli Parlimen Bera itu.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata demikian di PWTC, Kuala Lumpur, Sabtu.

Menurutnya, berdasarkan sejarah, penjajah yang menggelarkan Bugis adalah lanun berikutan usaha kaum itu yang tidak pernah berputus asa memerangi penjajah di Tanah Melayu pada zaman dahulu.

“Kita kenal beliau dah lama, apabila beliau berkata begitu kita amat terperanjat dan tidak sangka bentuk penghinaan sebegitu keluar daripada mulutnya,” kata Ismail Sabri.

Dalam pada itu, Dr Mahathir dilaporkan tidak akan membuat sebarang permohonan maaf secara terbuka ekoran kenyataannya yang dianggap menghina masyarakat Bugis.

Dr Mahathir juga mempertahankan ucapan beliau ketika dalam satu perhimpunanpembangkang di Petaling Jaya minggu lalu bahawa ia hanya ditujukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana