Seng Giaw bangun tapi separuh, kunci mulut selamatkan DAP

Ahli Parlimen DAP Kepong, Tan Seng Giaw bertindak menyelamatkan PH meskipun tidak sebulu dengan parti gabungan itu.

Beliau ketika dihubungi BNBBC.my portal pada Sabtu ditanya mengapa ahli parlimen DAP tersebut tidak mengangkat plakad bantah GST, beliau hanya gelak dan berkata ‘saya berada di tepi’ berulang kali.

Seng Giaw mungkin beranggapan tiada siapa memerhati tindakannya kerana berada di bahagian tepi, namun reaksi spontannya yang hanya bangun separuh badan sambil tersenyum sinis mencuri tumpuan lensa sesetengah kamera di dalam Dewan Rakyat.

Ketika itu semua pemimpin PH sedang mengangkat plakad yang tertulis hapuskan GST pada pengakhiran pembentangan Bajet 2018 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Semalam Najib turut sempat memuji tindakan prihatin Seng Giaw berhubung kejadian tanah runtuh yang berlaku di Tanjung Bungah, Pulau Pinang.

Sambil membaca pantun yang dimuatnaik di dalam Twitternya bertajuk Tanah Runtuh di Lereng Bukit.

“Yang terlebih syahdu, kerana ia dinukilkan sendiri oleh Ahli Parlimen DAP yang kita segani dari sebelah sana, Yang Berhormat Kepong, yang berbunyi

Ibu jaga anak kan sakit,
Darah tubuh beban kesihatan,
Pemaju bina leretan bukit,
Tanah runtuh korban insan.

“Sebetulnya apa kias yang YB Kepong ingin sampaikan, hanya Tuhan sahaja yang tahu,” jelas Najib.

Perdana Menteri itu juga menamatkan ucapannya dengan penuh semangat, dengan berkata anggota parlimen BN akan tetap melaksanakan tanggungjawab mereka.

“Sampai ke titisan darah terakhir, membawa Barisan Nasional menuju kemenangan besar dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14 nanti,” katanya.

Anggota parlimen PH kemudian melaungkan “kleptokrasi!” sebagai membalas kenyataan Najib itu.

Mereka juga mengangkat plakad yang menunjukkan bantahan terhadap GST, serta janji mereka untuk menaikkan gaji minima kepada RM1,500 jika mentadbir negara.

Sebelum ini juga Seng Giaw pernah dihubungi untuk bertanya tentang dakwaan pihak yang mendesak supaya Lim Guan Eng tidak bertanding dalam pemilihan CEC DAP, beliau turut mengelak daripada menjawab soalan tersebut.

Secara jelas tindakannya itu tidak mahu mengeruhkan politik dalaman DAP meskipun umum mengetahui Seng Giaw dan Guan Eng adalah dua kartel yang berbeza.

Selain itu, Ahli Parlimen PAS pun tidak seorang pun yang bangun.

Mereka hanya tersenyum melihat gelagat anggota PH yang saling tidak ubah seperti kebudak-budakkan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana