“Saya Cakap 'No' Saja!”

PETALING JAYA: "Saya bukan marah dia, cuma marah dengan perbuatan membuang sampah itu sahaja," kata seorang lelaki berkopiah yang kisahnya tular di media sosial gara-gara menegur seorang pemandu di Subang, Selangor, Ahad lepas.
Tindakan yang mendapat pujian netizen itu berjaya dirakam oleh rakannya yang kebetulan memandu di belakang kenderaan tersebut.

Artikel Berkaitan: Kerana Sampah, ‘Abang Kopiah’ Jadi Popular!
Muhamad Subki Shaari, 36, berkata tindakannya itu dilakukan secara spontan apabila terdengar rakannya merungut tentang sikap tidak bertanggungjawab pemandu kereta di hadapan mereka yang dilihat membuang botol kaca di atas jalan raya ketika berhenti di lampu isyarat.

"Ketika kejadian (membuang botol kaca) saya tidak nampak, tapi kawan yang nampak."Dia pun bebel sikap pemandu dan saya tanya kenapa? Apabila kawan menjelaskan tentang apa yang dilihatnya, saya pun keluar dari kereta untuk menegur," kata Muhamad Subki ketika dihubungi mStar Online pada Rabu

Muhamad Subki merupakan seorang penceramah bebas yang kini menetap di Puchong, Selangor.Jelas bapa kepada empat cahaya mata itu, dia bertindak demikian kerana botol tersebut adalah botol kaca dan boleh mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya yang lain.

"Pada mulanya, dia seperti tidak mahu mengaku tapi saya katakan bahawa saya berada di belakang keretanya dan meminta dia turunkan cermin kenderaan.
"Namun, tak sangka pula dia seorang warga asing dan saya pula selamba sahaja bercakap loghat Kedah. Dia pun mungkin tidak faham apa yang saya katakan. Sudahnya, saya cakap 'no' sahaja," katanya yang mengakui kurang mahir berbahasa Inggeris.

Tambah lelaki yang berasal dari Pendang, Kedah itu, dia berpuas hati apabila pemandu tersebut memberikan kerjasama dan menerima baik tegurannya.
Terdahulu, mStar Online pada Selasa melaporkan, seorang lelaki berkopiah tiba-tiba popular dan menjadi bualan netizen apabila rakaman perbuatannya menegur seorang pemandu yang membuang botol minuman tular di media sosial.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana