RAMESH RAO CABAR DAP SUPAYA AMBIL TINDAKAN KE ATAS DR M

Pemimpin DAP, hari ini dicabar Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP), Ramesh Rao untuk ambil tindakan ke atas Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Tun Dr Mahathir Mohamad kerana sudah melanggar prinsip perjuangan partinya yang tidak mengamalkan sikap perkauman.

Beliau dalam satu kenyataan media menuntut Kit Siang memainkan peranan sebenar sebagai ketua yang berpengalaman dalam DAP untuk mengambil langkah segera menyelar serta membidas kenyataan Mahathir dalam ceramahnya yang terlalu rasis.

“Kita tahu Mahathir dalam ceramahnya di Padang Timur MBPJ, Sabtu lepas kata Najib adalah keturunan Bugis yang jadi lanun dan kata orang Bugis sesat ke Malaysia.

“Bukan sahaja Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak orang Bugis tapi banyak lagi orang Melayu di Malaysia berketurunan Bugis termasuk ada Raja Melayu yang mempunyai keturunan yang sama,” kata Ramesh dalam kenyataan berkenaan.

Oleh itu katanya, setakat ini Kit Siang hanya berdiam diri dan membiarkan Mahathir menyerang orang lain dengan menggunakan isu perkauman sehingga menyentuh isu asal usul keturunan orang lain.

Ramesh berkata, sebagaimana Kit Siang marah apabila beliau mempersoalkan asal keturunan beliau dari China dan datang ke Malaysia sebelum ini, begitu juga Kit Siang harus marah kepada Mahathir.

“Kit Siang begitu marah kepada orang ramai yang mempersoalkan asal usul keturunan beliau sama ada dilahirkan di Malaysia atau berasal dari Tanah Besar China, tapi bila Mahathir buat, Kit Siang buat tidak tahu.

“Ini adalah satu perbuatan double standard kerana mengapa saya hanya bertanya, Kit Siang begitu marah sedangkan Mahathir mengutuk seorang Perdana Menteri, Kit Siang buat tidak tahu saja?” tegas Ramesh.

Menurut beliau, DAP mengamalkan pendekatan ambil tindakan secara pilih bulu ke atas orang tertentu sahaja dan bukan orang yang mereka bersekongkol untuk sama-sama mengamalkan politik jahat.

Sebagai contoh, ramai bekas ahli DAP yang cuba menentang Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng sudah ramai jadi muflis akibat disaman dan kemudian diganggu kehidupan seharian mereka hanya kerana perbuatan mereka cuba menegakkan kebenaran.

“Dalam PMSP juga ada, wakil yang pernah berjuang menentang DAP ketika jadi ahli kemudian diganggu dan dimalukan oleh pemimpin DAP kerana tidak sependapat, Mahathir kerana sudah mungkin bagi faedah kepada Kit Siang, apapun boleh dilakukan tanpa ada sebarang tindakan diambil,” kata Ramesh.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment