PAS AKAN TANDING SEMUA KERUSI PEMBANGKANG TERMASUK PKR

PAS akan meletakkan calon di semua kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) termasuk milik PKR, di negeri ini.

Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, berkata pihaknya memutuskan untuk bertanding tanpa mengadakan sebarang perbincangan dengan PKR.

“Kali ini kita tidak ada pembahagian kerusi kerana PAS tidak akan berbincang dengan PKR.

“Sebaliknya, kita akan meletakkan calon di semua kerusi dan sedia berdepan tiga penjuru termasuk calon DAP dan Parti Amanah Negara (PAN),” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Exco, di sini, kelmarin.

Ahmad berkata, pihaknya tidak gentar dengan parti lawan termasuk DAP yang mahu bertanding di negeri ini kerana perkara terbabit sudah dijangka.

“Sesiapa saja boleh bertanding di Kelantan dan kita akan berdepan dengan mereka.

“Senarai calon awal juga sudah dihantar kepada PAS Pusat dan keputusan akhir calon belum diperoleh,” katanya.

Akhbar sebelum ini melaporkan, DAP yang tidak pernah bertanding di Kelantan mahu berbuat demikian bagi merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Parti itu menyampaikan hasratnya kepada pakatan pembangkang negeri itu untuk berbuat demikian.

Timbalan Pengerusi Pakatan Pembangkang di Kelantan, Datuk Wan Abd Rahim Wan Abdullah, berkata ada permintaan daripada parti berkenaan untuk merebut kerusi DUN di negeri ini. – BH

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana