Memang saya pilih bulu, kata KJ...Kasihan Lim Kit Siang Yang Anak Kau Halang Media Utusan Sebelum Apa?

Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng perlu cermin diri sebelum melabelkannya orang lain ‘double standard’, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

 Beliau menegaskan bahawa jangan mempersoalkan tindakannya mengarahkan wartawan Malaysiakini meninggalkan majlis sidang medianya, semalam kerana kedua-dua pemimpin itu juga pernah berbuat demikian.

“Suatu ketika dulu kita sering dengar ada wartawan Utusan Malaysia dan TV3 tidak dibenarkan menghadiri sidang media di DUN Pulau Pinang. Jadi, sekarang siapa sebenarnya yang ‘double standard’ (pilih bulu).

“Memang jelas bahawa saya memang pilih bulu tetapi saya arah pegawai saya meminta wartawan itu meninggalkan majlis secara terhormat dan sopan santun. Bukan seperti Kit Siang yang menjerit kepada wakil TV3 dan Utusan Malaysia yang dia tidak suka,” katanya selepas selepas Program Kapal Belia Asia Tenggara dan Jepun kali ke-44, di Putrajaya hari ini.

Tambah Khairy yang juga Ketua Pemuda UMNO, tujuan utama wartawan portal berita berkenaan diarah meninggalkan majlis adalah bagi memastikan sidang media itu berjalan lancar, namun beliau kecewa apabila kenyataannya diputar belit oleh Malaysiakinii

“Saya berbuat demikian selepas mendapati portal berita itu berkenaan sering kali melaporkan kenyataan saya secara tidak tepat dan memetik bahagian tertentu sahaja.

“Saya tiada masalah pun dengan portal lain seperti Free Malaysia Today atau Malaysian Insight kerana mereka boleh tulis apa saja dan saya tidak akan meminta portal berkenaan disekat aksesnya.

Tegas Ahli Parlimen Rembau itu, beliau mempunyai hak untuk menentukan siapa wartawan yang boleh menghadiri majlisnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana