Malu Bila Mat Sabu Jadi Wakil DAP Mengemis Derma Rakyat...Itu Pun Ada Yang Sokong....Bangang Geng PH Ni

Betapa malu orang Melayu apabila Presiden PAN, Mohamad Sabu sanggup jadi balaci minta derma dan sumbangan dari rakyat biasa yang hadir pada Perhimpunan Sayangi Malaysia, Hapus Kleptokrasi padahal itu adalah perhimpunan membela rakyat yang kononnya tertindas.

Parti pembangkang sepatutnya sudah ada dana yang digunakan untuk membiayai program berkenaan tapi mereka guna perhimpunan itu untuk kutip derma dari orang ramai.

Pada perhimpunan itu, Mat Sabu dua kali dengan tidak berasa malu sambil buat lawak minta orang ramai menghulurkan derma kepada pakatan pembangkang untuk membiayai program perhimpunan berkenaan dan program akan datang untuk menjatuhkan Barisan Nasional (BN).

Dari raut wajah kebanyakan peserta yang datang, wajah mereka ada yang terkejut apabila tiba-tiba disuakan peti lutsinar dengan logo Pakatan Harapan (PH) tapi sebenarnya adalahg logo DAP supaya memberikan wang mereka. Kelihatan, ramai juga keberatan untuk memberi.

Selepas sesi pertama yang agak hambar, apabila malam jumlah penonton semakin bertambah, Mat Sabu berucap lagi minta lagi derma, termasuk meminta siapa yang sudah beri kali pertama supaya derma lagi untuk kali kedua.

Untuk rekod, ketika perhimpunan berkenaan diadakan para pemimpin pakatan ada yang menempah bilik di hotel berhampiran yang berharga ratusan ringgit untuk satu bilik untuk memudahkan mereka hadir pada perhimpunan berkenaan.

Jika tidak ada wang, kenapa sewa hotel dan adakan perhimpunan dengan pembesar suara sebegitu rupa yang sudah pasti menelan belanja ribuan ringgit. Jika dilihat pada satu sudut, rakyat yang hadir bantu pula bayar bil hotel pemimpin-pemimpin pakatan itu.

Kenapa perlu derma sedangkan hidup kesemua pemimpin yang hadir di perhimpunan itu mewah-mewah. Berapa pula yang mereka sumbangkan untuk perjuangan mereka sendiri sampai terpaksa minta duit rakyat.

Mahathir apabila hadir program, menaiki kereta mewah dan bukan lagi kereta keluaran Proton, begitu juga Lim Guan Eng yang ada banglo bernilai lebih RM1 juta sekarang ini. Kereta Mat Sabu sendiri pun besar dan mewah, kenapa pula rakyat perlu derma dan beri sumbangan kepada perjuangan pembangkang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana