ECRL projek yang bodoh dan merugikan untuk orang Pantai Timur kata Timbalan Presiden PPBM...Cuba Dapat Kroni Dia..?

Timbalan Presiden PPBM Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata Datuk Seri Najib Razak merupakan satu-satunya perdana menteri yang membenarkan warga asing membeli tanah berstatus hak milik kekal.

“Saya pernah jadi menteri besar. Nak jual tanah hak milik kekal, orang sendiri pun susah. Tak pernah jual kepada orang luar,” katanya pada ceramah PPBM di sini malam tadi.

Dr Mahathir turut pernah mendakwa projek Forest City mengancam kedaulatan negara disebabkan kemasukan besar-besaran rakyat China.

Dakwaan itu dibidas Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang berkata bekas perdana menteri itu cuba menakut-nakutkan pelabur China di negerinya.

Mukhriz dalam ucapannya berkata tidak ada negara yang menjual tanah mereka kepada warga asing kecuali Malaysia.
Menurutnya, ia tidak terhenti di situ, malah bekalan binaan juga tidak dibeli daripada pembekal tempatan.

“Setiap jenis bekalan, bahan binaan dari besi, simen, skrew, diimport dari negara sendiri. Pekerja pun bawak masuk.

Daripada itu, tiada langsung tempias pembangunan ekonomi kepada masyarakat tempatan. Tak dapat apa-apa manfaat daripada projek-projek ini yang dianggap projek gergasi,” kata Mukhriz.

Mukhriz turut mempersoalkan projek besar-besaran melibatkan China seperti Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL), dan berkata ia bukan sahaja tidak menguntungkan rakyat Malaysia dari segi ekonomi tetapi tidak pernah dituntut penduduk di bahagian semenanjung itu.

“Tak pernah ingat orang Terengganu mintak projek ini. Jika diberi peluang untuk pilih lebuh raya dan ECRL, mana satu tuan-tuan pilih? ECRL dan universiti, ECRL dan hospital, mana tuan-tuan pilih?

“Tak pernah kita mintak pun projek ECRL ini. Cucu cicit menanggung hutang. Kenapa berlaku? Kerana kita mempunyai seorang pemimpin yang lemah.”

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana