DR. RIDUAN ‘TERSEDAK’ ORANG PAS RINDUKAN MAT SABU

Bekas Ketua Pemuda PAS Dr. Riduan Mohamad Nor berkata beliau hampir
‘tersedak’ mengingatkan kenyataan Presiden Parti Amanah Negara (PAN) Mohamad Sabu yang menyebutkan ahli PAS masih rindukan beliau.

Kata Dr.Riduan, semasa menyuap nasi berlauk ikan singgang di medan selera Kampung Medan, Petaling Jaya, malam Sabtu lalu, ingatan beliau terbayang gurauan sedih Haji Mohamad Sabu.

” Abang Mad, beberapa hari sebelum ini dalam sebuah portal berita dengan bangga menyebut PAS merindukan beliau, ” kata aktivis PAS itu yang kini Pengerusi LESTARI.

“Saya hampir tersedak dan menambah lagi separuh pinggan nasi, saya keliru sama ada hendak ketawa atau menangis dengan kenyataan Presiden PAN itu, ” ujarnya dalam Facebook beliau.

Baru-baru ini Mohamad atau lebih dikenali dengan Mat Sabu berkata, beliau tak rindu PAS, bahkan mereka (ahli PAS) yang rindunya.

“Kebanyakan rakan kita dalam PAS dahulu teruja mahu berjabat tangan dengan kita yang telah meninggalkan mereka,” kata Mat Sabu seperti mana dilaporkan oleh portal berita baru-baru ini.

Mat Sabu juga menyifatkan PAS kini bukanlah saingan sebenar kepada Pakatan Harapan pada pilihan raya akan datang.

Tentang kurang sambutan pada himpunan Pakatan Harapan itu Mat Sabu yang juga bekasTimbalan Presiden PAS mengakui anak muda kurang berminat dengan ceramah politik pada hari ini sebaliknya mereka lebih gemar pada perhimpunan atau demonstrasi jalanan.

Dalam hal yang sama,kata Riduan, Dapsy (Pemuda DAP), Armada PPBM, Pemuda PAN dan anak muda PKR gagal menjadi titik pesona untuk menarik sokongan orang muda bawah 40 tahun.

Mutu kepimpinan anak muda PAN mempunyai jurang yang luas jika dibandingkan dengan pimpinan Dewan Pemuda PAS, kata Riduan.

Kata beliau, mereka ini adalah pecundang Muktamar PAS 2015 dan jika bertanding di peringkat Pemuda PAS kawasan pun tidak akan berjaya menang – Kedahnews.com

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana