DR MAHATHIR JADI IKON DAP SECARA PERCUMA, DIA KINI TIDAK BOLEH DIPERCAYAI LAGI

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir jelas memberi isyarat kepada orang Melayu bahawa kesepakatannya dengan DAP adalah demi kepentingan peri­badinya sendiri iaitu menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dr. Mahathir tidak boleh lagi dipercayai kerana sanggup menggadai prinsipnya yang pernah menolak parti cauvinisme seperti DAP suatu masa dahulu.

Kesanggupan Dr. Mahathir untuk berbaik dengan DAP adalah merupakan perkara negatif yang mampu memusnahkan orang Melayu sendiri.

Dia sanggup menggadai prinsip bukan kerana sesuatu yang mulia sebaliknya untuk menjatuhkan Perdana Menteri. Asalkan apa yang dikehendakinya dapat dicapai jesteru dia sanggup buat apa saja demi kuasa dan cita-citanya.

Dr. Mahathir tidak peduli pandangan umum mengenai DAP dan tidak lagi hairan sekiranya berlaku kesan negatif yang berpanjangan. Dulu dia sangat membenci DAP tapi kini dia sayang parti yang dibencinya dulu.

Lihat saja perbuatannya baru-baru ini, yang menjejakkan kaki ke ibu pe­jabat parti DAP di sini bersama-sama pemimpin utama Pakatan Harapan untuk mesyuarat mingguan majlis presiden pakatan pembangkang tersebut. Sikap ini menunjukkan Dr. Mahathir seorang yang sanggup menjual harga diri demi DAP.

DAP kini amat menagih sokongan orang Me­layu dan hanya Dr. Mahathir dilihat dapat mempengaruhi orang Melayu untuk menyo­kong parti berkenaan. Realitinya Dr. Mahathir tidak sedar bahawa DAP sebenarnya sedang mempergunakannya. Dia digunakan untuk memecah belahkan Melayu itu kemahuan DAP yang Dr Mahathir tidak nampak.

Pendek kata, semua tindakan dan kerakusan politik antara Dr. Mahathir dan DAP hanya sandiwara politik. Dr. Mahathir sebenarnya ada kepentingan politik untuk berbaik dengan DAP. Dulu dia ada cakap Melayu sudah lupa, tetapi kini dia sendiri yang lupa terhadap prinsip perjuangannya suatu masa dahulu! Malah dulu DAP kritik gaya pemerintahan Dr. Mahathir tetapi kini memuji caranya.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL