Dakwaan hina Bugis: 'Saya tidak akan minta maaf' -Tun Mahathir

ALOR SETAR: “Saya tidak akan mohon maaf dan untuk apa saya perlu lakukan."

Demikian reaksi Tun Dr Mahathir Mohamad yang bertegas bahawa beliau tidak akan membuat sebarang permohonan maaf secara terbuka ekoran kenyataannya yang dianggap menghina masyarakat Bugis.

Dr Mahathir juga mempertahankan ucapan beliau ketika perhimpunan haram di Selangor baru-baru ini bahawa hanya ditujukan kepada pemimpin tertentu.

"Pahlawan Bugis ni bukanlah pencuri, tapi ini pahlawan Bugis pencuri.

"Jadi apa salahnya saya kata dia pencuri. Saya bukan kata semua orang Bugis pencuri. Saya tak perlu minta maaf pasai saya tak kata benda tu," katanya kepada pemberita pada dalam sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Konvensyen Nasional 2017 Parti Amanah Negara di sini, siang tadi.

Dr Mahathir semasa berucap dalam perhimpunan haram Pakatan Harapan diketuai DAP di Padang Timur, Petaling Jaya pada Sabtu lalu menyebut tentang pemimpin tertentu yang mungkin berasal daripada lanun Bugis yang sesat ke Malaysia dan memintanya balik ke Bugis.

Ekoran kenyataannya itu, pelbagai pihak termasuk yang mewakili masyarakat etnik tersebut mendesak Dr Mahathir supaya membuat permohonan maaf secara terbuka dan menarik balik kata-katanya..

Terbaharu, Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, kenyataan Dr Mahathir yang menghina keturunan tersebut telah menyebabkan Perhimpunan Pemuda Bugis Makasar Indonesia (PPBMI) mengancam untuk mengadakan demonstrasi di Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia jika Pengerusi Pakatan Harapan itu tidak memohon maaf.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment