CUEPACS PUAS HATI DENGAN NAJIB RAZAK

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berpuas hati insentif yang diberi kepada penjawat awam seperti yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Bajet 2018 di parlimen semalam.

Presidennya Datuk Azih Muda berkata keseluruhan insentif itu adalah permulaan yang baik bagi penjawat awam yang berkeluarga dan mempunyai kesan jangka panjang bagi pembangunan sesebuah keluarga.

“Walaupun kami meminta lebih daripada itu, namun ini sudah cukup memadai buat masa ini,” katanya kepada Bernama.

Azih juga memuji kesediaan kerajaan untuk melanjutkan faedah persaraan bagi mereka yang bersara kerana masalah kesihatan dan pemanjangan kemudahan perubatan untuk ibu dan bapa kepada pesara kerajaan.

Dalam ucapan bajet itu, Najib yang juga Menteri Kewangan mengumumkan bayaran khas sebanyak RM1,500 kepada penjawat awam, bayaran akan diberikan dua kali iaitu RM1,000 pada awal Januari 2018 dan RM500 dibayar menjelang Hari Raya Aidilfitri tahun depan.

Najib turut mengumumkan kelayakan cuti bersalin ditambah daripada 300 hari kepada 360 hari sepanjang perkhidmatan, tertakluk kepada maksimum 90 hari setahun.

Beliau turut mengumumkan Gantian Cuti Rehat melebihi 150 hari akan dibenar digunakan sebagai cuti rehat pada tahun persaraan dan kadar Cuti Rehat Khas bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dinaikkan daripada tujuh hari kepada 10 hari setahun.

Perdana Menteri turut mengumumkan bahawa kerajaan buat julung kali bersetuju memberikan kemudahan tujuh hari cuti tanpa rekod sepanjang tempoh perkhidmatan bagi menunaikan umrah dan pakar perubatan Gred UD54 dan ke atas, yang telah diwartakan sekurang-kurangnya empat tahun serta memenuhi syarat tertentu, akan diberi kelonggaran satu hari seminggu untuk melaksanakan Waktu Kerja Fleksi.

– Bernama

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana