BUKAN ‘MENGANJING’, TAPI BENAR KJ SOKONG TMJ UNTUK FAM

Segala permasalahan menghimpit Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) boleh diselesaikan jika Tunku Ismail Sultan Ibrahim terus kekal sebagai presiden badan induk itu.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyifatkan hanya Tunku Ismail mampu menyelesaikan masalah hutang berjumlah RM49 juta yang ditanggung FAM.

“Kedudukan kewangan FAM seperti disebutkan Setiausaha Agung, Datuk Hamidin Mohd Amin hanya dapat diselesai dan diatasi dengan kepemimpinan sedia ada.

“Saya nak jelaskan bukan kerana ada agenda peribadi bahawa kalau kita terus mengkritik kepemimpinan FAM dan presidennya mengundur diri, apa akan jadi kepada FAM?” katanya selepas mengadakan pertemuan dengan peserta Program Kapal Belia Asia Tenggara dan Jepun (SSEAYP) ke-44 di Putrajaya hari ini.

Semalam, Hamidin dilaporkan berkata badan induk itu akan berdepan masalah kewangan sekiranya Tunku Ismail meletak jawatan.

Pada masa sama, Khairy turut mengakui beliau bimbang tiada calon sesuai mampu menggantikan Tunku Ismail.

“Siapa mampu ganti beliau untuk cari peruntukan dan tajaan yang besar kerana komitmen penajaan dari syarikat besar sekarang disebabkan baginda.

“Jadi, tahniah kepada penyokong bola sepak negara kerana terus mengkritik FAM tanpa usul periksa. Tengoklah apa akan terjadi kepada FAM kalau TMJ benar-benar letak jawatan?” kata bekas Timbalan Presiden FAM itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana