Bikin malu…kisah YB PKR kantoi kelirukan rakyat pasal mansuh tol di Batu Tiga dan Sg Rasah

Kalau nak ikut lojik sesuatu pengumuman kerajaan yang baik dan untungkan rakyat sepatutnya disambut gembira oleh semua orang.

Ini kisah pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mansuh kutipan tol di Batu Tiga dan Sg Rasah dalam Bajet 2018.

Khabar baik rupanya jadi berita buruk bagi wakil rakyat PKR kawasan itu Rodziah Ismail yang terus ‘melompat‘ mendakwa kerajaan cuba kelirukan rakyat dengan pengumuman itu.

Tanpa usul periksa Yang Berhormat kawasan Batu Tiga,Shah Alam ini tulis begini dalam facebooknya ekoran pengumuman Perdana Menteri di Parlimen petang Jumaat:

Fakta... tol Batu Tiga dan Sg Rasau konsesi Plus selama 20 tahun tamat pada 2018.

PM sekali lagi mengelirukan Rakyat kononnya "mansuhkan tol Batu Tiga", Sedangkan perjanjian Konsesi memang "Tamat" 2018.

BUKAN MANSUH TOL, TAPI TEMPOH KONSESI DAH TAMAT

Oleh YB Rodziah Ismail

Bertubi-tubi mesej masuk ucapkan tahniah kepada saya sebab Tol Batu Tiga dan Sg Rasah telah diumumkan akan dimansuhkan oleh kerajaan.

Saya response... "ianya bukan di mansuhkan. Sebenarnya tempoh konsesi dah tamat".

Maka otomatiklah tol tak boleh di kutip lagi.

Kalaulah desakan rakyat yang PH terajui selama ni untuk tol yang paling tinggi kutipan harian di Malaysia ni tidak disambungkan konsesi disambung lagi oleh PM, maka kerajaan BN kleptokrasi terus menerus memeras duit rakyat.

Maksudnya pengumuman Perdana Menteri itu kelentong kerana konsesi tol sepatutnya sudah tamat  pada 2018.

Siapa yang menipu?

Entah apa jenis wakil rakyat begini dan akai taruh dimana beri komen begitu.

Sebenarnya Rodziah yang nak kelirukan rakyat bukan Perdana Menteri.

Sabtu…YB ini kena sebijik dan kantoi habis.

Mana agaknya YB ini nak taruh muka.

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dalam satu kenyataan menjelaskan perjanjian konsesi plaza tol di Batu Tiga dan Sungai Rasau di Selangor dijadualkan berakhir pada hujung 31 Disember 2038 dan bukannya 2018 seperti didakwa.

Katanya ia berdasarkan perjanjian konsesi yang diulang kaji pada 2011.

"Pengumuman yang dibuat oleh perdana menteri bermaksud pemansuhan kutipan tol bermula 1 Januari 2018 di plaza tol Batu Tiga dan Sungai Rasau yang dilakukan 20 tahun sebelum tempoh tamat yang dijadualkan," kata kenyataan itu.

"Perjanjian konsesi 2011 distruktur semula berikutan penswastaan PLUS pada tahun yang sama menyaksikan kutipan tol diselaraskan di kesemua plaza tol di bawah bidang kuasa PLUS, termasuklah Batu Tiga dan Sungai Rasau."

Menurut PLUS tiada kenaikan tol dilaksanakan oleh kerajaan dan PLUS di kesemua lebuh rayanya sejak 2005.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana