Bajet 2018: Bagi 'gula-gula', GST tetap kena...Giler Meroyan Macam Inilah Caranya

 Pembentangan Bajet 2018 pada hari ini menampakkan kerajaan tidak memperakui kegagalan menangani masalah rakyat.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, meskipun pelbagai gula-gula dan kata manis diberikan kepada rakyat, kerajaan nampaknya membuat keputusan untuk terus mengenakan cukai barang dan perkhidmatan (GST) kepada rakyat.

"Bajet kali ini memberikan gambaran seolah-olah keadaan rakyat sekarang baik-baik sahaja.

"Walhal keadaan sebaliknya berbeza bagi rakyat. Dan ini akan menyebabkan rakyat marah," katanya kepada Sinar Online, hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan  membentangkan Bajet 2018 di Parlimen dengan mengetengahkan lapan tunjang utama antaranya merancak pelaburan perdagangan dan industri, mengutamakan kesejahteraan rakyat dan peluang menjana pendapatan dan meningkatkan kecekapan dan penyampaian GLC dan perkhidmatan awam.

Bajet tahun ini juga bertemakan 'memakmurkan ekonomi yang inklusif, mengimbangi keunggulan duniawi dan ukhrawi demi menyejahterakan kehidupan rakyat, menuju aspirasi TN50'.

Menurut Khalid lagi, bajet kali ini juga seolah-olah memberi gambaran palsu terhadap ekonomi negara.

"Bajet kali ini jelas merupakan satu kekecewaan. Ia tidak menyelesaikan masalah rakyat. Kita semua tahu pada hakikatnya, di peringkat bawah, semua orang mengeluh.

"Ia tidak menyelesaikan isu kos sara hidup yang tinggi, kenaikan barang yang tinggi dan sebagainya," katanya lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana