Ahli PAS boleh sokong PH tanpa keluar parti, kata Mahfuz...Meroyan Betul Mamat Ni

ALOR SETAR: Mana-mana ahli PAS yang mahu menyokong Pakatan Harapan (PH) tidak perlu keluar meninggalkan parti itu, demikian menurut bekas naib presidennya Datuk Mahfuz Omar.

Pandangan yang diutarakan Ahli Parlimen Pokok Sena itu ekoran melihat hasrat parti pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang hanya mahu bertanding di 40 buah kerusi sahaja pada pilihan raya dan bukannya mahu mengambil-alih kerajaan.

“Tak (perlu) keluar parti untuk beri sokongan padu pada Pakatan Harapan sebab Pakatan Harapan sahaja yang tunjuk komitmen untuk perubahan politik dan tidak pada Gagasan Sejahtera yang diketuai oleh PAS.

“Sebabnya PAS semalam nak sasar 40 kerusi (pada PRU14), jadi PAS tak tunjuk ambil alih, nak ambil kuasa dari BN, ia tak tunjuk komitmen PAS nak ubah masalah kos sara hidup.

“Rakyat terbeban kerana PAS tak sedia ambil kuasa,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Konvensyen Nasional 2017 Amanah di sini hari ini.

Mahfuz antara pemimpin PAS yang hadir pada konvensyen berkenaan, turut bersama beliau tiga ADUN PAS iaitu Datuk Amiruddin Hamzah (Anak Bukit), Mohd Nasir Mustafa (Kubang Rotan) serta ADUN Batu Burok, Dr Syed Azman.

Mereka sejak akhir-akhir ini dilihat mesra Amanah dan sering menghadiri program anjuran PH.

Mengulas lanjut mengenai kehadirannya hari ini, menurut Mahfuz beliau menerima jemputan daripada Amanah dan kehadirannya bagi menunjukkan sokongan kepada PH.

Malah beliau turut menolak bahawa PAS akan mengambil tindakan ke atasnya sekiranya mengamalkan budaya politik matang seperti yang diuar-uarkan sebelum ini.

“Dalam politik matang saya kira PAS tidak akan mengabil tindakan kepada saya. Dalam politik baru kena bina keterbukaan. Mana-mana ahli politik boleh pergi ke majlis politik, tak jadi kesalahan kerana kita kena dokong politik lebih terbuka,” katanya.

Konvensyen tahunan kali kedua itu mengangkat tema ‘Menjunjung Amanah Rakyat’ yang berlangsung hari ini sehingga esok.

Antara pemimpin utama PH yang hadir adalah Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad, Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Setiausaha DAP Lim Guan Eng.

Konvensyen disertai seramai 898 perwakilan dari seluruh negara.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana