100 peratus dakwaan Dr Mahathir tidak betul...kata Peter Bellew isu berhenti CEO MAS...Berhenti Pun Susah Ambil Orang Tempeatan Pun Susah?

Tun Dr Mahathir Mohamad sepatutnya merasa cukup malu ' main tembak' ikut suka hati tanpa usul periksa dakwa Peter Bellew berhenti sebagai CEO Malaysian Airlines (MAS) kerana campur tangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam urusan syarikat penerbangan itu.

Malah sesiapa saja yang 'ada akal' baca tulisanya mengenai dakwan itu dalam blognya chedet.cc pada 20  Oktober tentu hairan macam mana bekas Perdana Menteri yang kini Pengerusi Pakatan Harapan boleh reka cerita tidak betul sampai tahap itu.

Sudahlah kredibilitinya yang jadi Raja U-Turn dan sekarang isu ini pula.

Peter Bellew yang kini seang bercuti sebelum rasmi berhenti untuk kembali ke negara asalnya Ireland berkhidmat dengan syarikat penerbangan Rynair telah adakan sidang media khas di Kuala Lumpur petang Ahad untuk ' clear the air' ekoran dakwaan Dr Mahathir.

Katanya 100 peratus dakwaan Dr Mahathir itu tidak betul.

Menurutnya tiada mana-mana pihak yang ada kaitan dengan Dr Mahathir yang hubungi beliau untuk mendapatkan pengesahan mengenai apayang didakwa.

Beliau juga menegaskan keputusan belian sebilangan pesawat Boeing untuk MAS ( yang ditandatangani dengan Boeing semasa lawatan Perdana Menteri ke Washington baru-baru ini dan disaksikan Presiden Donald Trump )  adalah keputusan MAS...bukan Putrajaya.

Peter menjelaskan tiada siapa baik pihak Khazanah,Menteri Pengangkutan atau Perdana Menteri mencampuri urusan MAS semasa pentabirannya.

Malah katanya mereka sangat ' supportive' menunjang kerjanya.

"Saya cuma nak balik kampong untuk bersama orang yang saya saya ....its simple...tidak ada kontroversi atau misteri,"katanya.

Kata Peter siapa saja yang kenal beliau cukup tahu tiada orang yang boleh arah-arah beliau.

"Hanya isteri saja saja boleh arah saya,"katanya secara berjenaka.

Menjawab soalan Peter akui pada peringkat awal beliau ada menafikan kepada wartawan hendak berhenti untuk berkerja dengan Rynair.

Katanya ini kerana masa itu beliau belum lagi mendapat tawaran kerja rasmi.

Namun seminggu kemudian beliau mendapat panggilan dari Rynair mengenai tawaran itu.

“Saya kecewa kerana tidak dapat memenuhi kontrak perkhidmatan dengan Khazanah demi meneruskan khidmat di negara sendiri.

“Saya terpaksa membuat keputusan ini walaupun sukar. Keputusan saya tidak ada kaitan dengan sesiapa sahaja di Putrajaya,” katanya.

Beliau juga menaruh keyakinan penuh atas kemampuan Kapten Izham Ismail yang dilantik sebagai CEO MAS gantinya untuk terajui syarikat penerbangan itu.

Peter akan kembali berkerja di Rynair sebagai Pengarah Operasi (COO).

Beliau ambialih jawatan CEO MAS selepas warga Jerman Christoph Mueller berhenti.- 22/10/2017m- OLEH MAHIRAH ZAKARIA


 BERIKUT IALAH TULISAN TUN DR MAHATHIR DI BLOGNYA CHE DET PADFA 20 OKTOBER

CEO MAS BERHENTI

1.Tak usahlah nak bohong. Bellew berhenti kerana Najib campur tangan dalam urusan MAS tanpa rujuk kepada Pengarah dan Pengurus Syarikat.

2.Pesawat yang Najib nak beli, bukanlah pesawat yang diperlukan oleh MAS untuk penerbangan ke destinasi tertentu.

3.Saya yakin Najib tidak pun tanya MAS. Najib tidak peduli perancangan CEO atau pemilihan MAS. Biarlah MAS lingkup asalkan Najib dapat ambil gambar dengan Trump.

4.Jika boleh Najib ingin serah wang tunai sebanyak 20 Billion dollar (90 billion Ringgit) terus kepada Trump. Alangkah berkesannya jika dapat gambar Najib serah dua lori wang tunai dollar kepada Trump. Malangnya Trump tak mungkin terima dengan cara ini. Tetapi kalau kata nak beli kapal terbang ini lebih diplomatik.

5.Apa kata Bellew. Dia cuba hendak tunjuk bahawa ia bersetuju. Kononnya dakwaan saya tidak tepat. Tetapi ini tidak kurangkan perasaan malu dan kecewa kerana Najib tidak sedikit endah CEO MAS ini.

6.Apa nak buat. Kononnya perasaan patriotiknya tiba-tiba menyedar dirinya akan pentingnya ia kembali ke Ireland.

7.Syabas dan Tahniah kepada Najib. Belilah kapal terbang untuk perhiasan negara.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana