TINDAKAN RAFIZI TIDAK PROFESIONAL ISU SAMAN NFC – GAUM

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli tidak profesional apabila membuat tuduhan tidak berasas terhadap Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation (NFC), Datuk Seri Mohamed Salleh Ismail sebaik menerima notis muflis daripada Mahkamah Tinggi Shah Alam kerana gagal melangsaikan RM306,999.17 dalam saman fitnah melibatkan NFC.

Pengerusi Gerakan Akar Umbi UMNO Malaysia (GAUM), Datuk Zulkarnain Mahdar berkata, beliau mempersoalkan kenyataan Rafizi yang mendakwa bahawa tidak mengetahui jumlah nilai saman yang perlu dibayar.

“Alasan yang diberi oleh Ahli Parlimen Pandan itu tidak munasabah, malah Rafizi menerima sumbangan orang ramai berjumlah RM1.5juta pada 3 Ogos lalu, apabila beliau mengeluarkan kenyataan itu jelas ia pelik.

“Jika benar Rafizi seorang yang profesional seharusnya beliau menghubungi peguam Mohamed Salleh dan bukannya membuat tuduhan dengan mendakwa ia adalah cubaan untuk memalukan dan menjejaskan reputasi beliau,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelas Zulkarnain, tindakan Rafizi yang melewatkan pembayaran itu jelas menimbulkan tanda tanya dan banyak polemik memandangkan sumbangan yang diterima melebihi nilai saman yang dikenakan keatas beliau.

Terdahulu, Rafizi telah menerima notis muflis ekoran kegagalan melangsaikan RM306,999.17 dalam saman fitnah melibatkan NFC. Dokumen bertarikh 13 Julai itu berkuatkuasa pada 12 September dan Rafizi berhak memfailkan bantahan dalam masa tujuh hari.

Laporan media menyatakan Salleh telah mengesahkan perkara itu dan beliau serta peguamnya telah tiga kali menghubungi Rafizi tetapi tiada maklumbalas diterima setakat ini.

Pada November lalu, Rafizi diperintah membayar RM150,000 kepada Salleh dan RM50,000 kepada NFC susulan kenyataannya berkaitan pembelian sebuah kondominium di KL Eco City.

Rafizi juga diperintah membayar mahkamah RM100,000 untuk kos guaman melibatkan prosiding itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana