RAFIZI DIPANAH `HUKUM KARMA’

ASYIK nak mengata dan menuduh orang lain bankrap, alih-alih dia yang nak bankrap. Inilah sikap buruk si celupar pemfitnah, Rafizi Ramli.

Apa agaknya yang dibuat oleh Naib Presiden PKR ini pada dana kira-kira RM1.5 juta yang berjaya dikutipnya daripada penderma, dikatakan untuk membuat bayaran ganti rugi bersama kos kepada Datuk Seri Salleh Ismail dan syarikat National Feedlot Corporation (NFC)?

Kenapa Rafizi tidak cepat-cepat membuat pembayaran setelah satu notis mahkamah menuntutnya menjelaskan bayaran ganti rugi kepada Salleh?

Mengapa nak tunggu surat dari mahkamah baru nak berbuat demikian? Kenapa wahai Rafizi anda nak tunggu hingga akhbar terbit notis saman anda hanya semata-mata untuk salahkan pihak lain?

Salleh sebelum ini mengesahkan beliau mengambil langkah berkenaan dan memulakan prosiding kemuflisan ke atas Rafizi.

Kata Salleh, anggota parlimen Pandan itu gagal menyelesaikan bayaran ganti rugi dan kos yang ditetapkan mahkamah sebelum ini.

Rafizi sepatutnya cermin dahulu dirinya yang kononnya bersih tetapi realiti sebenar dirinya bergelumang dengan najis.

Sesekali bila difikirkan, sakit mentalkah anda Rafizi? Nak dikatakan cerdik, ada pula bodohnya. Nak dikatakan tidak cerdik, takkanlah Rafizi boleh sampai jadi ahli parlimen.

Hukum karma nampaknya berbalik kepada Rafizi. Mengata, mentohmah dan memfitnah orang, tetapi diri sendiri bergelumang dosa.

Jangan benarkan lagi Rafizi menabur dakyah dan fitnah.

Dia kini semakin berserabut dengan bukan sahaja musuh dari luar terpaksa didepani, bahkan dari dalam PKR sendiri harus dihadapnya.

Cuba teliti semula apa kata ahli pimpinan pusat PKR, Latheefa Koya dalam serangannya terhadap Rafizi tempoh hari:

“Tanpa Langkah Kajang, pelbagai kemelut yang dihadapi (PKR) sekarang boleh dielakkan.

“Mengapa Langkah Kajang berlaku? Kerana dia (Rafizi) mahu memastikan Azmin Ali (kini Menteri Besar Selangor) yang sudah pun merupakan ADUN ketika itu tidak dilantik sebagai MB.

“Kita boleh elakkan segala kemelut dahsyat yang menyusul disebabkannya, dan Anwar Ibrahim mungkin masih bersama kami sekarang kalau bukan kerana Langkah Kajang.”

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana