Rafizi dakwa iklan notis bankrap bertujuan burukkan reputasi...Padan Muka Kau...Kerja Berbohong Saja

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mendakwa notis bankrap yang disiarkan di akhbar berhubung saman fitnah melibatkan National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC), bertujuan untuk memburuk-burukkan reputasinya.

Ahli Parlimen Pandan itu merujuk kepada tindakan pihak Salleh yang membuat permohonan terus di mahkamah tanpa berusaha sepenuhnya untuk menghantar notis secara tangan agar dapat diterima oleh beliau sendiri, seperti dikehendaki undang-undang.

“Saya tidaklah terkejut, malah bersimpati dengan beliau kerana pada umur sedemikian beliau nampak terlalu terikut-ikut dengan perasaan marah dan dendam atas apa yang berlaku ke atas NFC yang mengheret keluarga beliau," katanya menerusi kenyataan dikeluarkan hari ini.

Rafizi mendakwa dengan mendapatkan notis dari mahkamah, tindakan itu bertujuan untuk memberi gambaran beliau berlaku tidak jujur kerana menerima sumbangan orang ramai namun tidak membuat bayaran jumlah yang dituntut Salleh.

“Rakyat secara umumnya tidak begitu arif tentang selok-belok kaedah undang-undang dalam mengendalikan tuntutan bayaran selepas satu penghakiman kes saman dikeluarkan.

“Oleh itu, mudah untuk menggunakan kaedah undang-undang untuk memberi gambaran saya enggan membayar walaupun sudah menerima sumbangan lebih RM1.5 juta dari rakyat Malaysia,” katanya.

Rafizi dilaporkan menerima sumbangan orang ramai sekitar RM1.5 juta.

Selain itu, beliau turut menghuraikan kaedah di sisi undang-undang untuk penghantaran notis selepas satu penghakiman dibuat, yang mana tertakluk kepada kaedah-kaedah yang terkandung di dalam Peraturan Mahkamah 2012 yang diwartakan.

Menurut Rafizi, Perintah 10 Peranggan 1 menyebut tertakluk kepada akta-akta dan peraturan-peraturan dalam peraturan mahkamah, sesuatu notis perlu disampaikan secara peribadi kepada pihak yang menerima atau dihantar melalui pos berdaftar.

“Dalam kes notis menuntut bayaran seperti kes ini, ia bermakna peguam yang dilantik Salleh perlulah membuat temu janji dengan saya untuk datang berjumpa dan menyampaikan sendiri notis tuntutan itu yang perlu ditandatangani oleh saya dalam satu salinan sebagai persetujuan saya telah menerima notis tersebut.

“Perintah 62 Perenggan 5 menyebut pula bahawa jika sesuatu notis perlu disampaikan secara peribadi tetapi mahkamah merasakan adalah tidak praktikal untuk menyampaikannya secara peribadi, satu permohonan boleh dibuat kepada mahkamah oleh pemohon untuk mendapatkan arahan mahkamah agar kaedah-kaedah lain digunakan untuk menyampaikan notis itu kepada pembayar.

“Mahkamah kemudiannya berhak mengarahkan agar satu notis diiklankan mengikut apa-apa kaedah yang difikirkan sesuai, selalunya diiklankan di dalam sebuah akhbar edaran nasional," katanya.

Oleh itu menurut Rafizi, kaedah mendapatkan satu perintah mahkamah agar notis diiklankan bukanlah cara biasa yang digunakan untuk menuntut bayaran seperti dalam kes ini kerana tugas untuk menyampaikan notis secara tangan untuk diterima secara peribadi bukan satu perkara yang sukar.

“Saya dimaklumkan oleh beberapa orang rakan peguam bahawa pemohon perlu menunjukkan beliau tidak dapat menjejaki saya sama ada kerana alamat yang diberikan tidak lagi wujud atau tiada yang tahu di mana saya berada,” katanya.

Tambahan pula, kata Rafizi, kaedah mengiklankan di dalam akhbar akan melibatkan kos yang tinggi.

“Sebab itu saya tidak terkejut apabila Salleh dan NFC mengambil jalan yang pelik dan menelan belanja sedangkan cara biasa hanyalah menghubungi saya atau datang ke pejabat saya.

“Bagi saya, mereka berniat untuk memalukan dan menunjukkan kononnya saya seorang yang pecah amanah kerana telah mendapat sumbangan tetapi tidak membayar tuntutan mereka," ujarnya lagi.

Pada Oktober tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendapati Rafizi memfitnah Pengerusi Eksekutif NFC, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail dan NFC menerusi kenyataannya bahawa syarikat itu menggunakan dana kerajaan sebagai pengaruh untuk mendapatkan pinjaman bagi lapan hartanahnya.

Beliau diperintahkan membayar RM150,000 kepada Salleh dan RM50,000 kepada NFC.

Rafizi juga diperintah membayah mahkamah RM100,000 untuk kos guaman melibatkan prosiding itu.

Ketika ini, Rafizi berdepan hukuman penjara 18 bulan kerana mendedahkan laporan audit 1MDB tanpa sebarang pengesahan. Mahkamah membenarkan hukuman itu ditangguhkan susulan permohonan rayuan yang dikemukakan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana