PH SUDAH HILANG TARIKAN, ARAH TUJU

Pakatan Harapan (PH) kini sudah hilang arah tuju selain dilihat tidak mampu menarik perhatian rakyat ekoran masalah dalaman membabitkan parti komponen dalam gabungan berkenaan.

Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata perkara itu jelas apabila Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Parti Amanah Negara (Amanah) serta PKR masing-masing berdepan masalah sehingga hilang kepercayaan rakyat.

Justeru, katanya, tiada keperluan untuk rakyat memilih parti dalam pakatan berkenaan.

“Saya melihat pembangkang sekarang sudah hilang tarikan. PKR dengan masalah dia, parti bunga (PPBM) dengan masalah dia, PAN (Amanah) pula langsung tak ada apa-apa,” katanya dipetik BH Online.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Seminar Loghat Kelantan di Kota Bharu, hari ini.

PPBM kini berdepan dengan kemelut dalaman ekoran tindakan beberapa pemimpin kanannya yang mengisytiharkan keluar parti, susulan mendakwa parti teraju Tun Dr Mahathir Mohamad itu mengamalkan kronisme selain hala tuju yang kian tersasar.

Mereka ialah bekas Naib Presiden PPBM, Datuk Hamidah Osman dan bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi, Anina Saadudin.

Sementara itu, PKR turut dilatari dengan kemelut dalaman apabila ada pemimpinnya mendedahkan parti itu kini terbahagi dua susulan tidak sependapat mengenai rundingan bersama PAS.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana