Penyampai Berita Sebak Ketika Menyampaikan Berita Kebakaran Pusat Darul-Quran Ittifiqayah

Kejadian pada 14 September semalam seluruh rakyat Malaysia diselebungi kesedihan akibat kebakaran ngeri yang meragut 23 nyawa di pusat Tahfiz Darul-Quran Ittifiqayah, Keramat, begitu juga penyampai berita Buletin Utama yang tidak dapat menahan sebak apabila menyampaikan berita mengenai asrama tahfiz itu.

Peristiwa itu dapat dilihat semasa Nor Intan Ezreena Amir Hamzah yang berpasangan dengan Kamaruddin Mape pada malam Khamis tidak dapat membaca teks berita dengan lancar sebaliknya tersekat-sekat.

Ia berlaku sewaktu Nor Intan Ezreena sedang berkongsi kisah sedih seorang mangsa yang sempat menulis nota kepada ibu-bapanya sebelum tragedi malang itu.

Perasaan itu hadir sewaktu Nor Intan Ezreena menyebut mangsa kebakaran iaitu Amiel Asyraf Abdul Rashid yang berusia 11 tahun meninggalkan satu nota yang antara lain berhasrat membawa ibu dan ayahnya ke syurga.

Nor Intan Ezreena kemudiannya menundukkan mukanya sebelum berita berkenaan disambung baca oleh rakan penyampai Kamaruddin.
Video saat hiba itu turut dimuat naik di laman Facebook Buletin Utama.

Sehingga pukul 10.30 malam Khamis, video berkenaan mendapat lebih 100,000 tontonan dan lebih 1,000 perkongsian.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana