Pembangkang dengki PM dapat layanan istimewa di Amerika

Tuduhan bahawa Perdana Menteri DatUK Seri Najib Tun Abdul Razak akan ditangkap dan dibicarakan di Amerika Syarikat kerana isu 1MDB merupakan pembohongan terbesar pembangkang apabila perkara itu nyata meleset.

Selain berjaya dalam misi  pertemuan dengan Presiden Amerika Donald Trump di White House dan memperoleh sokongan dalam isu pelarian Rohingya, layanan mesra yang ditunjukkan pemimpin Uncle Sam itu membuktikan sebaliknya.

Bagi seorang pemimpin UMNO bahagian di Perak isu diputarbelit pembangkang termasuk oleh mantan Perdana Menteri bahawa Najib akan ditangkap adalah perbuatan yang tidak bertanggungjawab.

Justeru rakyat kata pemangku Ketua UMNO bahagian Tambun Datuk Aminuddin Md Hanafiah  perlu menilai setiap dakyah dan pembohongan yang ditaburkan pembangkang khusus dalam isu 1MDB.

Malahan lebih terkesan apabila  Perdana Menteri diberikan beberapa keistimewaan semasa di sana terutamanya iringan polis, kawalan dari pasukan elit Amerika Syarikat (Secret Service)  dan juga kegunaan lapangan terbang tentera Andrews Joint Air Force Base.

Katanya ``Najib dalam lawatan kerja itu diterima baik dan mendapat keistimewaan ini kerana beliau merupakan seorang pemimpin yang sebenar . . . dihormati dari segi pendekatan pengurusan politik antarabangsa yang sangat baik.

``Ini berbeza berbanding dengan pembangkang kerana mereka sebenarnya ingat dakwaan mereka ada asas dan mahu rakyat percaya . . .mereka ingat PM akan ditangkap tetapi apabila tuduhan-tuduhan mereka itu tidak menjadi, mereka mereka-reka cerita lain pula.

``Rakyat perlu menilai bahawa cakap pembangkang ini sebenarnya adalah untuk kepentingan politik sempit,’’ kata  Aminuddin, yang juga ADUN Hulu Kinta di Perak.

Beliau yang kini menjalankan tugas Ketua bahagian menggantikan Datuk Seri Husni Hanadzlah, yang meletakan semua jawatan dalam UMNO tapi kekal ahli parlimen Tambun memberitahu wartawan Agendaily selepas majlis penyerahan replika kunci Rumah Mesra Rakyat di Kampung  Cik Zainal, Chemor semalam.

Menurut Aminuddin  pembangkang sebenarnya `dengki’ atas sambutan baik yang diterima Perdana Menteri di Washington D.C, Amerika Syarikat unutk mengadakan pertemuan dengan Presiden Donald J Trump di White House.

``Pembangkang cuma dengki apabila cakap-cakap mereka sebelum ini yang mengatakan kalau Datuk Seri Najib  pergi keluar negara beliau akan ditangkap..kalau pergi Amerika akan ditahan…tambahan pula apabila DOJ dah mengeluarkan satu bentuk peryataan yang telah diputar belit oleh pembangkang bahawa Datuk Najib dalam keadaan bahaya.

``Tapi kita tengok bila beliau (Najib) pergi diberi sambutan dan diterima baik kerana beliau adalah seorang pemimpin yang  dihormati dari segi pendekatan pengurusan politik antarabangsanya yang sangat baik,’’ katanya.

Umum ketahui bahawa Tun Mahathir Mohamad pernah mengeluarkan kenyataan bahawa kononnya Perdana Menteri berpontensi untuk ditangkap di luar negara kerana berdepan beberapa siasatan penggubahan wang yang dikaitkan dengan skandal 1MDB,

Ini akhirnya terbukti merupakan satu pembohongan yang besar dan berniat jahat untuk merosakkan reputasi Perdana Menteri dan juga kerajaan Malaysia.

Terdahulu semasa bercakap kepada pemberita Aminuddin berkata, sebanyak 110 unit rumah daripada 1,648 unit sudah dilulus dan ditawarkan kepada pemohon di Perak pada tahun ini.

``Saya difahamkan 81 pemohon rumah sudah bersetuju menerima tawaran itu manakala bakinya dalam proses penerimaan.

``Malah 25 unit daripada jumlah itu sudah diserahkan kunci manakala bakinya dalam peringkat pembinaan, ia akan diserahkan apabila siap kelak,’’ katanya.

Katanya, kos pembinaan setiap unit rumah adalah RM65,000 dan penerima hanya perlu membayar RM45,000 dengan kadar faedah pinjaman lima peratus.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana