PAS sasar tanding lebih 100 kerusi parlimen...Madey Marah Nanti

 PAS mensasarkan untuk bertanding lebih banyak kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang kerana kini tidak lagi terikat dengan mana-mana pihak atau pakatan kecuali Gagasan Sejahtera (GAGASAN).

Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan berkata beliau juga yakin peluang PAS kini lebih cerah di kawasan bandar berdasarkan penerimaan masyarakat terhadap parti itu yang semakin baik di lokaliti berkenaan.

“Pada pilihan raya umum akan datang kita mungkin akan bertanding di lebih 100 kerusi parlimen dengan sasaran minimum menang 40 kerusi Parlimen, ” katanya kepada pemberita pada Sambutan Jubli Emas 50 tahun PAS Kawasan Kota Bharu di Medan ilmu, malam tadi.

Takiyuddin turut membayangkan hasrat parti itu untuk bertanding di kerusi parlimen Kuantan, Pahang kerana melihat ada peluang di kawasan berkenaan memandangkan parti itu kini menguasai DUN Beserah dan Tanjung Lumpur yang berada dalam kawasan berkenaan.

Sebelum ini Naib Presiden PAS, Dr Idris Ahmad berkata parti itu meletakkan sasaran untuk bertanding di 80 kerusi Parlimen pada PRU14 akan datang.

Idris memberitahu, parti itu juga tidak menolak kemungkinan untuk bertanding di kerusi tradisi DAP dan PKR.

Bagaimanapun jelas beliau, angka dan kawasan baharu belum dimuktamadkan dan perincian itu masih dibuat oleh jentera pilihan raya sebelum keputusan dimuktamadkan oleh PAS pusat.

Pada PRU13 lalu, PAS memperoleh 21 daripada 73 kerusi Parlimen yang ditandinginya.

Manakala bagi kerusi Dewan Undangan Negeri, PAS memenangi 85 daripada 237 kerusi yang ditandingi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana