PAS intai bertanding lebih banyak kerusi PRU14

Tanpa Pakatan Harapan... PASA dok mengintai sana sini bagi menambah lagi bilangan kerusi yang ditandinginya dalam pilihanraya umum ke 14 akan datang, kata Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan.

Menurutnya, berkata parti itu berpeluang bertanding lebih banyak kerusi kerana tidak lagi terikat dengan mana-mana pihak atau pakatan kecuali Gagasan Sejahtera.

Beliau juga yakin peluang PAS kini lebih cerah di kawasan bandar berdasar penerimaan masyarakat terhadap parti itu yang semakin baik di lokaliti berkenaan.

“Pada pilihan raya umum akan datang kita mungkin akan bertanding di lebih 100 kerusi parlimen dengan sasaran minimum menang 40 kerusi Parlimen, ” katanya kepada pemberita pada Sambutan Jubli Emas 50 tahun PAS Kawasan Kota Bharu di Medan ilmu di sini, malam tadi.

Takiyuddin turut membayangkan hasrat parti itu untuk bertanding di Parlimen Kuantan, Pahang, kerana melihat ada peluang di kawasan berkenaan memandangkan parti itu kini menguasai Dewan Undangan Negeri Beserah dan Tanjung Lumpur yang berada dalam Parlimen berkenaan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana