NURUL IZZAH CUBA MEMFITNAH KATA KERAJAAN NAIKKAN GST 10%

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah membuat dakwaan terbaharunya berkaitan GST ketika menjadi panel Forum Wanita Penentu Masa Depan Negara di Kg. Maju Jaya, Johor Bahru, malam tadi.
Menurut Izzah, kerajaan Barisan Nasional akan menaikkan kadar GST daripada 6% ketika ini kepada 10% pada masa akan datang.
Dalam usahanya menakut-nakutkan para peserta yang hadir mengikuti forum tersebut, Izzah dan panel lain turut memberi amaran kononnya mereka tiada masa depan jika terus menyokong Najib Razak dengan memberi contoh tentang kadar pengangguran, biasasiswa pendidikan yang terhad dan sebagainya lagi.
Namun, seperti dijangka, Izzah sendiri gagal mengemukakan perancangan kukuh Pakatan Harapan untuk memansuhkan GST dan menggantikannya dengan sistem percukaian yang lebih baik. Izzah juga gagal menyatakan garis masa pelaksanaan pemansuhan GST sepenuhnya.
Baru-baru ini, bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad yang kini menyokong Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri menggantikan Najib Razak menyatakan bahawa, GST tidak akan dimansuhkan sebaik sahaja Pakatan Harapan menawan Putrajaya.
Beliau sebaliknya mengakui masa yang lebih lama diperlukan sebelum sistem lama (SST) atau sistem baharu diperkenalkan tanpa menyatakan secara spesifik tempoh yang diperlukan itu.
Ketua Armada PPBM Syed Saddick juga gagal mengemukakan plan jangka pendek dan panjang Pakatan Harapan dalam usaha mereka memansuhkan GST ketika berdebat dengan Exco Pemuda UMNO, Sdr. Shahril Hamdan baru-baru ini. Seperti Izzah, Syed Saddick lebih banyak menjual hujah dengan janji menghapuskan rasuah dan ketirisan bagi menampung kewangan kerajaan.
Sayang sekali, ketika rakyat memberikan ruang kepada mereka untuk mengemukakan idea dan perancangan alternatif, mereka mensia-siakan peluang tersebut dengan retorik-retorik kosong semata-mata.
Kami percaya, Izzah barangkali terlupa bahawa bapanya sendiri ketika menjadi Menteri Kewangan pernah mengusulkan cadangan pelaksanaan GST di Dewan Rakyat tetapi ditolak oleh majoriti ahli dewan. Begitu juga Tun Daim yang kini menjadi sekutu bapanya, turut membuat cadangan yang serupa. Justeru jika GST itu tidak bagus, kenapa Anwar Ibrahim yang pernah dinobatkan sebagai Menteri Kewangan Terbaik di Asia berusaha gigih membentangkannya di Dewan Rakyat?
Baik Izzah, Syed Saddick mahupun Mahathir sendiri, ketiga-tiganya tak ubah seperti belatuk memahat pokok mati untuk bersarang. Mereka hanya tahu membuat bising demi mencapai impian tanpa memikirkan implikasi jangka panjang yang mungkin menimpa seluruh rakyat Malaysia kelak.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana