Mahathir tak berani beri keterangan langsung depan RCI Isnin ini

Tanya mana-mana wartawan senior, Tun Mahathir Mohamad bukan jenis yang takut dengan soalan wartawan. Tanyalah apa saja, dia jawab juga, walaupun kadang-kadang jawapannya tak boleh buat berita.

Tapi ini kali, hairan bin ajaib apabila, 'top dog' Pakatan Harapan itu minta nak beri keterangan bertulis kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang menyiasat kerugian urus niaga mata wang asing Bank Negara Malaysia.

Dalam kata lain, bukan keterangan langsung.

Mahathir dipanggil untuk memberikan keterangan di hadapan RCI pada 11 pagi Isnin ini.

Dengan kehadirannya itu, Mahathir kemungkinan akan menjadi saksi ke-23 dipanggil memberikan keterangan mengenai kerugian berbilion ringgit yang dialami Bank Negara Malaysia (BNM) antara 1988 hingga 1994 itu.

Peguamnya, Mohamed Haniff Khatri Abdulla bagaimanapun berkata Mahathir mahu merakamkan kenyataannya sebelum hadir ke suruhanjaya itu.

“Semua 20 saksi sebelum ini diberi kebenaran menyediakan keterangan bertulis. Kami mahu mereka memberikan kebenaran yang sama kepada Mahathir,” kata Haniff dipetik oleh sebuah portal berita.

Khamis lalu, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir memberikan keterangannya selaku saksi ke-21 di hadapan suruhanjaya itu.

Anwar yang sedang menjalani hukuman penjara adalah menteri kewangan pada 1991 hingga 1998, ketika skandal kerugian itu berlaku manakala Mahathir adalah perdana menterinya.

Anwar dan Mahathir sebelum ini cuba menggugurkan pengerusi suruhanjaya itu, Tan Sri Mohd Sidek Hassan atas alasan siasatan itu akan menjadi berat sebelah memandangkan Sidek antara individu yang mencadangkan prosiding itu diwujudkan.

Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Mahathir atas alasan prosiding itu membabitkan kepentingan umum.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana