MACAI BONGOK BOLEH LAH TIPU KATA RUGI RM32 BILLION TIDAK TAHU

21 Julai 2017, dalam Sinar Harian, Mahathir mengakui bahawa dia mengetahui tentang laporan 1MDB. “Saya tahu. Saya memang tahu,” kata Mahathir. Bukan setakat tahu sahaja, Mahathir menjelaskan bahawa dalam kepimpinan PPBM, dia dan pemimpin lain telah membincangkan mengenai laporan dibangkitkan tersebut berulang kali.

Masa tidak menjadi Perdana Menteri, boleh pula tahu tentang laporan 1MDB. Masa berkuasa dan menjadi Perdana Menteri, boleh pula mengakui tidak tahu pada kerugian urusniaga forex yang mencecah sampai RM32 billion niainya. Ini sesuatu yang amat pelik sekali.

Boleh mesyuarat banyak kali pasal 1MDB, tetapi masa rugi sampai RM32 billion kenapa tidak mesyuarat sungguh sungguh pada masa itu? Strategi tidak tahu yang digunakan oleh Mahathir untuk melepaskan diri. Anwar sebelum ini guna strategi salahkan Nor Yackop untuk cuci tangannya.

Daim Zainuddin, yang menjadi Menteri Kewangan pada tahun 1984 hingga Mac 1991 dan Pengerusi PPBM, Mahathir Mohamad. Kedua duanya berkata ‘tidak tahu” bila ditanya tentang angka kerugian urusniaga Forex yang mencecah nilai RM32 billion ketika dipanggil menjadi saksi RCI Forex semalam.

Persoalan yang dibangkitkan oleh Pengerusi RCI, Tan Sri Mohd Sidek Hassan ialah agak pelik sebagai Menteri, Daim tidak tahu. Apatah lagi, Mahathir sebagai Perdana Menteri. Mohd Sidek kata, Daim bukan sahaja tidak tahu malah tidak ambil peduli mengenainya.

Beruang Biru sudah menulis sebelum ini tentang pengetahuan Mahathir. Pada 24 Ogos 2017, Astro Awani melaporkan Mahathir menyatakan negara tahu di mana wang pergi yang dilabur ketika beliau menerajui pentadbiran negara.

“Dalam perniagaan ada kala untung, ada kala rugi. Yang tidak boleh diterima ialah duit itu hilang tanpa diketahui ke mana, kata Mahathir. Habis itu yang hilang sampai RM32 billion itu pergi ke mana? Kenapa sekarang Mahathir kata tidak tahu? Tidak boleh diterima kenyataan Mahathir ini.

Bukan setahun rugi. 6 tahun rugi, setahun sahaja untung pada tahun 1990 sebanyak RM2.47 billion.  Tahun 1988,1989, 1991,1992,1993 dan 1994 semuanya rugi. Keseluruhannya rugi sejumlah RM34.547 billion. Angka ini disahkan oleh Bekas Pengurus Akaun BNM, Abdul Aziz Abdul Manaf. Baca pautan ini :

https://beruangbiru1.blogspot.my/2017/09/rm32-billion-sah-hilang-di-bawah-hidung.html#.WcCQnsZx3IU

Kerugian berlaku pada tahun 1988 hingga 1994, bermakna dalam tempoh tiga tahun hingga 1991, Daim tidak tahu menahu kerugian yang berlaku akibat urusniaga forex. Pelik bagi seorang Menteri Kewangan untuk tidak tahu apa yang sedang berlaku di Bank Negara.

Perkara berkaitan 1MDB hanya melalui laporan Sarawak Report (SR), Mahathir sudah tahu serba serbi. Sanggup jumpa Claire Brown di London lagi pasal 1MDB. Tiba-tiba sahaja, Mahathir sebut 1MDB hilang RM42 bilion entah dari mana angka itu datang.

Geng geng macai bunga bermati matian bertahankan Mahathir sebagai benar benar tidak tahu tentang urusniaga forex kerana Mahathir katanya tidak pernah masuk dalam bilik urusniaga itu.

Agak menarik dalam kes liwat bekas Timbalannya, Anwar Ibrahim. Mahathir tahu Anwar dilancap dan melakukan perbuatan terkutuk biarpun tidak berada dalam bilik berlakunya kejadian liwat itu. Namun Mahathir tahu serba serbi.

Tapi, dalam bab kerugian BNM, Mahathir tidak tahu menahu sampai BNM berniaga dalam FOREX pun Mahathir tidak tahu.

Kata Mahathir, Anwar hanya beritahu kepadanya kerugian yang ada ialah sekitar RM5 bilion. Ketika itu, Mahathir enggan menggunakan budi bicaranya sendiri mengambil tahu apakah benar kerugian seperti itu yang berlaku atau ada angka yang cuba disorokkan pihak tertentu.

Ini bukan kali pertama Mahathir gunakan strategi “tidak tahu” ini. Baru baru ini dalam isu kapal selam Scorpene, Mahathir menyatakan beliau tidak tahu menahu tentang pembelian kapal tersebut, padahal proses pembelian dilakukan ketika zamannya.

Namun dalam isu 1MDB, bukan main lagi Mahathir mengetahui semua perkara. Siap suruh Peguam Negara bersumpah lagi menjunjung Al Quran dengan disaksikan beberapa imam. Mahathir kata Peguam Negara berbohong tentang laporan 1MDB.

“Ini bermakna Apandi berbohong dan Allah SWT tahu Apandi bohong” kata Mahathir menuduh Peguam Negara berbohong dalam Malaysiakini, 19 Julai 2017.

Kini setelah dipanggil sebagai saksi tentang kerugian RM32 billion, Mahathir kata dia ‘tidak tahu”. Apakah benar Mahathir tidak tahu atau dia berbohong untuk selamatkan tengkuknya sendiri.

Siapa sebenarnya yang berbohong dalam hal ini? Angka rugi RM32 billion ini bukan dibuat buat, angka itu datang daripada laporan bertajuk Accounting Treatment of Losses Arising From Active Reserve Management 1998-1994, bertarikh 18 April 2007 dan disebut juga oleh salah seorang saksi RCI Forex iaitu Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz

Angka hutang 1MDB sampai 42 billion, Mahathir tahu pula. Angka itu kemudian bertukar jadi RM27 billion dan kemudian bertukar lagi. Ini kerana angka hutang 1MDB yang disebut Mahathir itu adalah angka yang dia cipta sendiri untuk buat persepsi.

Amat pelik, seorang Perdana Menteri tidak tahu kerugian yang berlaku sampai RM32 billion. Mahathir selalu kata Melayu mudah lupa. Orang Melayu tidak mudah lupa, yang mudah lupa adalah mamak Mahathir.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana