LAJIM UKIN HILANG KELAYAKAN PRESIDEN PARTI HARAPAN RAKYAT SABAH

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klias, Datuk Lajim Ukin, hilang kelayakan sebagai Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan) selepas diisytiharkan muflis oleh Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada 14 September lalu.

Jawatannya kini dipangku Timbalan Presiden 1, Datuk Maijol Mahap.

Isu muflis dihadapi Lajim bagaimanapun selesai selepas beliau membayar hutang RM185,000 yang dikaitkan terhadapnya semalam, manakala notis kebankrapan terhadapnya dibatalkan Mahkamah Tinggi hari ini.

Lajim berkata, walaupun sudah selesai, beliau perlu mengikuti perlembagaan Harapan Rakyat dengan menunggu Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) untuk dilantik semula sebagai Presiden.

“Hanya di AGM saya boleh diterima sebagai Ketua Bahagian dan Presiden dan kebetulan AGM negeri akan diadakan pada 26 Oktober ini. Saya masih bersama Harapan sebagai ahli,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Mengenai kedudukannya sebagai ADUN, Lajim berkata perkara itu diserahkan kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Syed Abas Syed Ali.

Beliau berkata, kedudukan sebagai ADUN tidak timbul kerana isu muflis dirinya sudah diselesaikan.

Difahamkan, Syed Abas sudah dimaklumkan mengenai perkara itu dan menganggapnya tiada masalah kerana isu berkenaan sudah selesai.

Sementara itu, Maijol berkata, kedudukan Lajim sebagai Presiden Harapan akan dikembalikan pada AGM akan datang.

“Beliau sepatutnya boleh terus sebagai presiden parti tetapi prosedur parti menetapkan pelantikan semula perlu melalui AGM dan kita perlu mematuhinya,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana