Ku Nan bertegas tiada pesta arak di lokasi terbuka

"Saya tidak kisah jika ada negeri lain yang nak menganjurkan pesta sebegini tetapi bukan di Kuala Lumpur. Tolong ikut peraturan yang telah ditetapkan di dalam perlembagaan," itu kata Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sebentar tadi.

Menurutnya DBKL berkeras untuk menolak sebarang aktiviti yang boleh mengancam keselamatan rakyat di Kuala Lumpur.

Penolakan penganjuran pesta arak Better Beef Festival 2017 di ibu negara adalah disebabkan faktor keselamatan memandangkan lokasi yang dipilih pihak penganjur merupakan lokasi terbuka dan bukan kerana desakan politik seperti dakwaan sesetengah pihak.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, penolakan penganjuran pesta arak tersebut tiada kena mengena dengan desakan politik seperti yang diperkatakan sesetengah pihak kerana ia lebih kepada keselamatan rakyat dan menjaga sensitiviti agama.

"Penganjuran ini merbahaya kerana ia dilakukan ditempat terbuka kepada semua orang. Bila tempat terbuka, ramai orang, macam-macam benda boleh berlaku yang kita tidak tahu. Apa yang utama, untuk menjaga keselamatan rakyat.

"Apa pihak kami buat (penolakan), tertakluk di bawah Seksyen 76, Akta Eksais 1976 atas kesalahan menjual minuman keras yang memabukkan tanpa lesen. Jangan cakap kami buat atas desakan politik, ia tidak benar, " katanya kepada pemberita pada sidang media selepas merasmikan Pembukaan Pusat Galeri Jualan M Centura di Jalan Sentul pada Khamis.

Semalam, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mohd Amin Nordin Abdul Aziz, berkata pihaknya menolak permohonan penganjuran pesta arak itu kerana ia disifatkan sebagai satu program yang sensitif, sekali gus mampu menimbulkan kemarahan masyarakat.

DBKL menerima permohonan daripada pihak penganjur pada 28 Ogos lalu untuk menjalankan aktiviti berkenaan pada 6 hingga 7 Oktober ini di Solaris Damansara, Kuala Lumpur bermula jam 2 petang hingga 11 malam.

Tambah Tengku Adnan, pihaknya berkeras untuk menolak sebarang aktiviti yang boleh mengancam keselamatan rakyat di Kuala Lumpur, negeri di bawah pimpinannya.

"Saya tidak kisah jika ada negeri lain yang nak menganjurkan pesta sebegini tetapi bukan di Kuala Lumpur. Tolong ikut peraturan yang telah ditetapkan di dalam perlembagaan," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana