KRONISME KUASAI PPBM SEJAK AWAL PENUBUHAN – ANINA...TAK KAN BARU TAHU KOT?

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) merupakan wadah untuk mencatur kepentingan politik individu tertentu selain dasar kronisma yang menghantui parti sejak dari awal penubuhannya.

Bekas Ketua Srikandi, Anina Saadudin berkata, status bekas Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Besar mahu pun status elitis serta legasi tidak memberikan seseorang itu kuasa mutlak dalam parti.

Menurutnya, PPBM tidak lagi mendokong prinsip keadilan, ketulusan dan integriti dalam pentadbiran parti, malah lebih menyedihkan fitnah dijadikan asas pembuat keputusan.

“Pembiaya parti kini tidak mempunyai kuasa mutlak untuk mentadbir parti, kini parti ditadbir dengan cara buruk dan berselindung di sebalik nama negarawan Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Jika ada ahli yang mengkritik pemimpin, merek ini adalah ancaman malah mereka yang bersuara akan difitnah bagi mematikan ancaman yang dibuat,” katanya yang turut keluar parti berkuatkuasa hari ini.

Anina berkata, beliau berasa sedih apabila parti yang diasaskan bersama lima lagi individu ini telah lari dari landasan perjuangan asal.

Tambahnya, melalui pemerhatian beliau PPBM kini menjadi parti untuk kepentingan elitis bagi menyambung nyawa politik mereka.

“Sebagai contoh saya dihukum tanpa bicara, tiada hitam putih dikeluarkan apabila saya dikatakan bukan lagi Ketua Srikandi. Perkara ini menjadi amalan dalam parti,” katanya.

Anina menjelaskan tindakan beliau keluar dari PPBM ini kerana barisan kepimpinan parti semakin pincang selain dari berani kerana benar.

“Saya akan terus bersuara untuk kepentingan rakyat bukan untuk kepentingan diri, atau individu tertentu,” katanya.

ARHIZA AHMAD

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana