“Itu Kenyataan Paling Bodoh Zaid Yang Faham Undang-Undang,” – PAS

Dewan Ulama PAS menempelak keras sindiran ahli DAP, Datuk Seri Zaid Ibrahim, terhadap pihak tertentu yang membantah penganjuran pesta arak, Better Beer Festival 2017, yang ditolak permohonannya oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur baru-baru ini.

Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali At-Takiri berkata, kenyataan Zaid itu adalah yang paling bodoh dari seorang bekas menteri yang memahami undang-undang.

“Zaid ibrahim mungkin tak kenal halal haram. Arak tu haram. Berpoligami tu Halal. Kenapa nak kaitkan penentangan terhadap pesta arak dengan hak berpoligami.

“Itu kenyataan paling bodoh daripada seorang bekas menteri yang faham undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan yang diterima Kedahnews.com.

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali At-Takiri
Mohd Khairuddin berkata, PAS membantah penganjuran pesta arak itu adalah disebabkan ia membabitkan sensitiviti umat Islam yang menjadi majoriti di negara ini dan tidak bermaksud untuk menafikan hak golongan bukan Islam untuk meminum arak.

Beliau menegaskan bahawa para pemimpin Pakatan Harapan khususnya DAP dan PKR tidak perlu menunjuk jaguh mempertahankan pesta tidak bermoral itu, sebaliknya patut menyeru rakyat di negara ini supaya lebih berakhlak mulia dan hidup dalam keadaan harmoni.

“PAS menentang pesta arak kerana ia menyentuh sensitiviti masyarakat muslim yang menjadi majoriti rakyat Malaysia, bukan menentang hak bukan Islam minum arak.

“Ahli Parlimen DAP dan PKR tidak perlu pertahankan pesta arak. Sebagai pemimpin mereka bertanggungjawab melahirkan masyarakat berakhlak dan harmoni,” bidas beliau lagi.

Namun begitu, beliau meluahkan rasa kecewa dan sedih dengan tindakan pemimpin Pakatan Harapan yang mempelawa penganjuran pesta arak itu untuk diadakan di negeri Selangor.

“Saya menyedihkan apabila pesta ini diharamkan oleh DBKL, ada pimpinan DAP Selangor pula menawarkan pesta arak di negeri Selangor. Saya yakin rakyat Selangor tidak bersama mereka.

“Pemimpin bertanggungjawab menjaga rakyat yang tidak minum arak daripada ancaman jenayah para pemabuk akibat pesta arak,” ujarnya, kesal.

Mohd Khairuddin yang terkenal vokal itu turut mempersoal jaminan pengajuran pesta arak supaya tidak memberi kesan buruk terhadap pembentukan akhlak mulia di kalangan masyarakat di negara ini.

“Adakah pesta arak membantu membentuk akhlak yang baik?

“Apa jaminan 6000 orang yang berpesta minum arak sebagaimana sasaran penganjur Better Beer Festivel tidak mabuk, lalu disebabkan hilang akal mereka memandu dalam keadaan mabuk dan melakukan jenayah kepada orang lain akibat mabuk dengan pesta yang menghidangkan puluhan jenis jenama arak?,” persoal beliau. – Kedahnews.com

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana