DAP TUDUH KERAJAAN PERSEKUTUAN POTONG BAJET TEBATAN BANJIR PULAU PINANG

Kerajaan Negeri Pulau Pinang ingin menjawab kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar YB Dato Sri Dr Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar dan Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Dato Seri Zainal Abidin bin Osman, yang mendakwa Kerajaan Persekutuan telah melaksanakan projek tebatan banjir sebanyak RM2.6 billion di Negeri Pulau Pinang dalam tempoh Rancangan Malaysia ke-9 hingga ke-11 (2006-2020).

Dato Seri Zainal Abidin bin Osman telah mengemukakan senarai projek-projek yang dilaksanakan yang kononnya melibatkan peruntukan Kerajaan Persekutuan sebanyak RM2.6 billion.

Daripada maklumat yang disediakan, sebenarnya RM2.6 billion adalah nilai projek-projek yang dipohonkan oleh JPS Negeri Pulau Pinang tetapi peruntukan asal ini telah dipinda dan jumlah sebenarnya dibelanjakan adalah cuma RM443 juta sahaja seperti berikut:

Peruntukan Asal pada RMK-9(2006-2010) adalah RM1.4 billion, peruntukan yang dipinda adalah RM306juta, peruntukan yang telah dibelanja adalah RM306juta.

Peruntukan Asal pada RMK-10(2011-2015) adalah RM193 juta, peruntukan yang dipinda adalah RM132 juta, peruntukan yang telah dibelanja adalah RM125juta.

Peruntukan Asal pada RMK-11(2016-2020) adalah RM205 juta, peruntukan yang dipinda adalah RM23 juta, peruntukan yang telah dibelanja adalah RM12juta.

Jumlah peruntukan asal dari RMK-9 hingga RMK-11 adalah RM1.79 billion, tetapi hanya RM443juta dibelanja.

Daripada butiran projek, jelasnya sekali banyak projek tebatan banjir tidak dilaksanakan dengan sepenuhnya untuk menangani masalah banjir di Negeri Pulau Pinang.

Dato Seri Zainal Abidin bin Osman tidak sepatutnya menyembunyi fakta yang penting ini apabila membentangkan senarai projek-projek tebatan banjir.

Daripada kenyataan Menteri dan juga Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan , jelasnya Kerajaan Persekutuan mempunyai peranan yang besar dalam melaksanakan projek-projek tebatan banjir.

Pihak Kerajaan Negeri memang berhak untuk menuntut supaya Kerajaan Persekutuan menunaikan kewajipannya untuk menangani masalah banjir di Negeri Pulau Pinang.

Sekiranya projek-projek yang dilaksanakan seperti dirancangkan dengan peruntukan yang asal, adalah dipercayai lebih banyak kawasan hotspot dapat dibebaskan daripada masalah banjir kilat.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana