BN harap ada wakil kaum Cina dalam kerajaan negeri

Pengerusi Barisan Nasional Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan berharap agar akan ada wakil rakyat daripada kaum Cina di dalam pentadbiran kerajaan negeri selepas pilihan raya umum akan datang.

Pada masa ini pentadbiran kerajaan negeri mempunyai 11 Exco dan kebanyakannya orang Melayu dengan hanya seorang wakil rakyat kaum India.

Mohamad berkata justeru, MCA di negeri ini perlu bekerja lebih kuat untuk meyakinkan masyarakat Cina mengenai kepentingan suara kaum itu dalam kerajaan negeri untuk sama-sama membuat dasar atau sebarang keputusan.

“Harapan saya selaku Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan adalah untuk melihat penyertaan daripada kaum Cina itu dalam pentadbiran kerajaan negeri, bukan secara dilantik tetapi dipilih orang ramai.

Saya harap MCA kerja kuat untuk yakinkan masyarakat Cina di negeri ini bahawa pentingnya suara Cina dalam pentadbiran kerajaan negeri bagi memastikan kepentingan dan apa sahaja permasalahan dapat diputuskan secara bersama.

“Tetapi ini bukanlah bermakna selama ini kerajaan sekarang walau tidak ada penyertaan kaum Cina, mereka diabaikan sebaliknya adalah lebih baik kalau ada wakil kaum Cina duduk dalam kerajaan negeri untuk membuat dasar dan keputusan bersama,” katanya.

Hasrat beliau telah disampaikan kepada Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam pertemuannya dengan Liow di sini, semalam.

Mohamad berkata justeru masyarakat Cina di negeri ini haruslah bijak menggunakan peluang dalam pilihan raya akan datang untuk meletakkan wakil mereka dalam kerajaan negeri.

Mengenai calon yang bakal bertanding pada pilihan raya umum ke-14 disaring terlebih dahulu oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohamad berkata perkara itu telah lama dipraktikkan di negeri ini bahkan untuk melantik Ketua Kampung juga perlu melalui lima saringan.

“Ini (saringan) memang dipraktikkan di negeri sudah lama dan BN juga sendiri memang mempraktikkan proses ini. Kita bukan sahaja bekerjasama dengan SPRM tetapi juga dengan Jabatan Insolvensi Malaysia.

“Kita memang tegas mengenai perkara ini… bukan itu sahaja malah penerima pingat darjah kebesaran yang mempunyai masalah undang-undang juga kita tarik balik,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana