AZMIN TOLAK IBR, PEGAWAI PKR DITANGKAP RASUAH...DALAM PH DIBODOHKAN OLEH MEREKA SAJA

Lucu mendengar MP Subang PKR R Sivarasa berkata bahawa perbuatan SPRM menangkap dan menahan di dalam lokap 3 pegawainya yang direman untuk siasatan rasuah adalah satu “penindasan”.

Apakah Sivarasa mahu SPRM memberi layanan istimewa kepada pegawainya kerana mereka mewakili Pakatan? Adakah mereka tidak boleh direman untuk siasatan kerana mereka penyokong pembangkang?



Adakah sesiapa sahaja yang ada kad keahlian parti pembangkang adalah bebas dari peruntukan undang-undang negara?

Jika ini berlaku kepada UMNO pastinya mereka akan desak SPRM beri layanan tegas kepada suspek. Jika boleh, mereka nak suruh dijatuhkan hukuman esok juga!



Sepatutnya sebagai seorang ahli parlimen dan peguam, dia memberi kerjasama sepenuhnya kepada SPRM.

Inilah PKR yang berlagak “macam bagus”. Rakyat boleh lihat sikap sombong yang sama pada MB Selangor Azmin Ali yang sehingga kini enggan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) kelolaan SPRM. Kononnya dia ada sistem yang lebih bagus untuk lawan rasuah.



Padahal yang sebenarnya dia takut?

Tetapi sekarang 3 pegawai kepada ahli parlimen PKR Selangor sudah ditangkap untuk rasuah. Apa telah jadi pada sistem tersebut? Apa pula alasan yang akan diberikan oleh PKR?



Dimanakah sistem anti rasuah yang diagung-agungkan Azmin itu? Kenapa tidak guna untuk membanteras kes rasuah pegawai PKR ini?



Adakah Azmin bodoh nak gunakan?

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana