UMNO Wilayah tumpu Lembah Pantai dan Wangsa Maju

UMNO Wilayah Persekutuan menyasarkan untuk memenangi sekurang-kurangnya lima kerusi Parlimen pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), kata pengerusinya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Sehubungan itu, katanya anggota UMNO dan parti komponen Barisan Nasional (BN) perlu tingkatkan usaha dan bekerja keras untuk merealisasikannya.

“Dua kerusi yang menjadi sasaran utama (untuk dimenangi semula) ialah Parlimen Wangsa Maju dan Parlimen Lembah Pantai,” katanya ketika merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Wangsa Maju.

Tengku Adnan, yang juga menteri Wilayah Persekutuan, berkata pembangunan di Wilayah Persekutuan dilakukan oleh BN dan bukannya pembangkang.

“Sebagai contoh, Wangsa Maju ini maju dan membangun atas hasil kerja BN. Pembangkang tidak boleh diharap kerana mereka lebih gemar bercakap kosong dan tidak membuat kerja, tanpa BN sudah pasti kawasan Wangsa Maju ini akan ketinggalan berbanding kawasan lain di Wilayah Persekutuan,” katanya.

Pada PRU13, BN memenangi 2 daripada 11 kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur iaitu Titiwangsa dan Setiawangsa.

Sembilan lagi kerusi Parlimen ialah Kepong, Batu, Wangsa Maju, Segambut, Bukit Bintang, Lembah Pantai, Seputeh, Cheras dan Bandar Tun Razak.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana