TPM Zahid kata kerajaan sedia tubuh RCI siasat peristiwa Memali…

Selama 32 tahun sudah berlalu,namun isu peristwa berdarah Memali di Baling Kedah masih menjadi polimek.

Parti PAS khususnya tidak mahu ‘tutup buku’ keatas kejadian yang mengakibatkan 14 penyokongnya dan empat anggota polis terbunuh.

Isu itu tiba-tiba jadi bertambah hangat balik gara-gara isu soalan mengenainya di Nothing To Hide 2 anjuran Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Shah Alam 13 Ogos yang dipercayai jadi punca kekecohan di program itu.

Dewan Raja Musa di Seksyen 7 Shah Alam jadi kecoh sejurus kelihatan kerusi dibaling dari belakang kearah Taufik Abas yang bertanya soalan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.

Taufik yang juga Exco Armada PPBM dakwa beliau telah dipecat dari jawatannya menerusi mesej twitter saja dari Ketua Armada Syed Saddiq Abdul Rahman kerana tanya soalan berkenaan+.

Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang dakwa jawapan bekas Perdana Menteri yang tidak memuaskan kepada soalan berkenaan jadi punca kekecohan.

Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Naib Presiden Datuk Mohd Amar Abdullah desak diadakan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai peristiwa Memali untuk mendapat kebenaran.

Antara yang menjadi persoalan besar ialah arahan pada pihak polis gempur untuk menangkap guru agama, Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali dengan nama Ibrahim Libya di Memali pada 19 November 1985.

Para penyokongnya telah melindunginya dengan mengunakan senjata pisau,kapak dan buluh runcing.

Bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam yang juga Menteri Dalam Negeri sebelum ini menjadi tumpuan kecaman PAS.

Bagaimanapun dalam satu forum di Kota Bharu tiga tahun lalu beliau mendakwa bekas bosnya,Dr Mahathir ketika itu berada dalam negeri dan bukan di China seperti dilaporkan.

Perkembangan terbaru isu berkenaan telah mendapat reaksi Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi.Beliau telah menyentuhnya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Bukit Gantang di Taiping Ahad.

Katanya kerajaan bersedia menubuhkan RCI untuk menyiasat peristiwa Memali sekiranya ada permintaan daripada mana-mana pihak termasuk keluarga mangsa.

Beliau berpendapat keadilan perlu ditegakkaan dan orang yang bertanggungjawab terhadap peristiwa itu mesti dipertanggungjawabkan.

"Saya selaku Menteri Dalam Negeri akan meneliti sendiri semua laporan mengenai peristiwa tersebut," katanya.

Zahid yang juga Naib Presiden UMNO berkata dalam menegakkan undang-undang semua pihak perlu mengetepikan perbezaan politik.

Zahid berkata bekas Timbalan Perdana Menteri, Musa alam bukunya bertajuk 'Frankly Speaking' ada menyebut bahawa beliau mendapat arahan untuk menghapuskan Kampung Memali kerana terdapat unsur keganasan dan militan yang dilakukan oleh pemimpin PAS.

Sehubungan itu, Zahid berkata pemimpin ( Dr Mahathir) yang mendakwa dirinya tiada dalam negara ketika tragedi tersebut berlaku, diminta mengakuinya.

"Peristwa Memali telah berlalu lebih dua dekad, namun kita harus ingat mangsa, keluarga, anak-anak yatim yang meninggal dunia dinafikan hak oleh pemerintah ketika itu.

"Akibatnya ia kini menjadi isu kerana darah dan nyawa yang hilang dipandang mudah oleh orang yang melaksanakan kuasa, tetapi tidak mudah dilupakan oleh mangsa," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana