Tidak mohon maaf ...SPRM putus tindakan keatas Guan Eng 4 September ini....Bongkah dan Bodoh Sombong

Itu belum kuasai Negara lagi tu....Entah lah jika kuasai Negara tiada sesiapa berani usik Keluarga Lim ini.Dasar pemimpinan DAP memang untuk mencari masalah pada pihak berkuasa...Nak tunjuk POWER ker?
Sedar lah rakyat Malaysia terutama sekali kaum Cina wajib sedar tingkah laku Anak beranak LIm Kit Siang ini nak tunjuk keegoannya.

Tempoh 48 jam yang diberi kepada Lim Guan Eng untuk memohon maaf berhubung kenyataannya mengenai ‘penahanan haram’ oleh SPRM keatas Exco kerajaan DAP negeri itu, Phee Boon Poh sudah berlalu pada Ahad.

Kini apa yang dinanti ialah tindakan undang-undang pihak SPRM samaada tindakan sivil atau jenayah.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad memberitahu pihaknya akan adakan mesyuarat pada 4 September ini untuk membincangkan bentuk tindakan undang-undang keatas Ketua Menteri Pulau Pinang itu.

Guan Eng yang ditemui wartawan semalam Ahad tidak mahu jawab soalan berhubung tuntutan maaf kepada SPRM.

“Ini adalah satu fitnah kepada sebuah agensi kerajaan yang tiada apa-apa kepentingan dalam melaksanakan tugas kami. Oleh itu, kita memandang perkara ini secara serius,”kata Dzulkifli kepada wartawan selepas menghadiri majlis melafazkan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) di Putrajaya Isnin.

“Kita akan mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang. Ini adalah hak kami. SPRM akan mengambil tindakan sama ada sivil atau jenayah,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana