Tiada mesin dialisis: Kenyataan Cef Wan tidak benar

ALOR SETAR 9 Ogos - Kenyataan Cef Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan bahawa tiada kemudahan mesin dialisis untuk pesakit buah pinggang di Pulau Langkawi adalah tidak benar.

Pengarah Kesihatan Kedah, Datuk Dr. Norhizan Ismail berkata, setakat ini terdapat 26 mesin dialisis disediakan di Hospital Langkawi bagi pesakit berkenaan.

"Mesin dialisis di Langkawi boleh didapati di Hospital Langkawi dan di sebuah pusat dialisis swasta.

"Jumlah mesin yang ada di hospital itu adalah 26 buah. Pada masa sekarang seramai 103 pengidap End Stage Renal Failure (ESRF) atau kegagalan buah pinggang  mendapat rawatan di situ," katanya di sini hari ini.

Beliau mengulas tentang kenyataan Cef Wan yang dipercayai dimuat naik dalam Instagramnya yang tular bahawa Langkawi tidak mempunyai pusat dialisis menyebabkan seorang rakannya terpaksa berulang-alik ke Alor Setar dan Pulau Pinang.

Kata Dr. Norhizan,   pusat dialisis swasta di Langkawi mempunyai enam mesin dengan bilangan pesakit yang mendapat rawatan hanya dua orang.

"Suka juga dinyatakan di sini bahawa, Hospital Langkawi merupakan sebuah hospital pakar  hemodialisis terdapat alternatif lain iaitu CAPD di mana  pesakit dilatih dan boleh lakukan dialisis di rumah.

"Pihak kerajaan menyediakan kemudahan haemodialisis di hospital-hospital kerajaan malah bagi meningkatkan lagi bilangan mesin dialisis dan memberi kemudahan kepada rakyat," katanya. - UTUSAN ONLINE

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana