SPRM serbu pejabat Unisel,MBI siasat kes bayaran kontrak meragukan

Perhatian kini bertumpu untuk dengar apa cerita siasatan SPRM kes bayaran kontrak yang didakwa meragukan di Selangor melibatkan Universiti Selangor (Unisel),Menteri Besar Incorporated (MBI) dan Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB).

Ini ekoran serbuan para pegawai SPRM melibatkan premis milik tiga pihak berkenaan di  lima lokasi berbeza iaitu di Kampung Pandan, Shah Alam dan Bestari Jaya itu bermula pukul 10 pagi Selasa.

Unisel ialah universiti milik kerajaan negeri Selangor manakala MBI ialah agensi milik kerajaan negeri itu.

Pegawai SPRM dilihat memasuki kampus induk Unisel di Seksyen 7 Shah Alam sebelum serbuan dibuat pula ke atas MBI di Bangunan Darul Ehsan pada pukul 10.45 pagi.

SPRM dikatakan bertindak atas laporan berhubung pertikaian kontrak antara Unisel dan Jana Niaga, yang membabitkan pembayaran RM16 juta kepada kontraktor yang ditamatkan perkhidmatannya.

Pergerakan Pemuda UMNO Kelana Jaya baru-baru ini membuat laporan kepada SPRM supaya menyiasat mengenai bayaran berkenaan.

Pihak MBI menafikan dakwaan itu dan berkata bayaran berkenaan dibuat kepada Jana Niaga mengikut keputusan timbang tara mahkamah.

Sementara itu dalam perkembangan berkaitan,bekas aktivis PKR Badrul Hisham Shaharin yang lebih dikenali sebagai Chegu Bard Selasa menyerahkan beberapa dokumen di pejabat SPRM Selangor  bagi membantu siasatan SPRM berhubung kes itu.

Katanya dokumen-dokumen berkenaan merangkumi perjanjian Unisel dan kontraktor Jana Niaga Sdn Bhd, surat menyurat antara kedua-dua pihak, invois bayaran dan dokumen perundangan.

Beliau enggan dedahkan kandongannya dan memberitahu ia diperolehi  sejak beberapa bulan lalu dari pihak tertentu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana