Sokong Tun M: Otai Reformis nafi buat u-turn, cuma keliru

SHAH ALAM: Otai Reformis menafikan kumpulan penyokong tegar Datuk Seri Anwar Ibrahim itu membuat pusingan U ekoran menukar pendirian memberi sokongan kepada penyertaan Tun Dr Mahathir Mohamad ke dalam Pakatan Harapan (PH).

Pemangku Setiausahanya Saiful Ariffin berkata pada awalnya terdapat kekeliruan dalam kalangan pemimpin dan ahli berhubung peranan Pengerusi PH itu disebabkan sejarah silam yang pernah dilalui mereka.

Namun ujar beliau, ia 'diselaraskan' selepas mendapat penjelasan, lebih-lebih lagi selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim mengeluarkan kenyataan supaya ahli dan penyokong PH menerima Dr Mahathir demi kepentingan rakyat dan masa depan negara.

"Kami bukan u-turn (cuma) ada kekeliruan apabila menyedari bahawa dan faham akan peranan Dr Mahathir pada PH, maka ia diterima dengan baik kerjasama beliau.

"Ada kekhuatiran dan kebimbangan oleh kerana sejarah yang lampau tapi apabila (kami) sudah memahami, mengerti dan diperjelaskan. Majoriti ahli juga bersetuju atau terima kerjasama PH dengan Dr Mahathir. Jadi tidak timbul isu YB Saari melepaskan jawatan," jelas beliau ketika dihubungi Antarapos.

Malah katanya lagi, keputusan untuk menerima Dr Mahathir ini telah diterima sebulat suara daripada akar umbi.

"Keputusan ini daripada akar umbi, kami panggil wakil Otai Reformis dari Perak, Pahang, Negeri Sembilan (jadi) itulah 8 otai berhujah mewakili wakil. Jadi boleh katakan ini semua kata sepakat dan muafakat Otai Reformis," katanya.

Walau bagaimanapun, badan NGO itu sepakat untuk Majlis Presiden PH sama-sama terlibat dalam sebarang keputusan yang diambil dan menolak amalan diktator dalam parti.

"Kita meminta Pakatan Harapan menerusi Majlis Presiden memperhalusi kerjasama itu, syarat rujukan dan pelaksanaannya. Kita meminta dan mendesak supaya Majlis Presiden tidak diketepikan sesama sekali dalam apa-apa keputusan Pakatan Harapan," kata beliau lagi.

Sabtu lalu, Otai Reformis menyokong PH, namun menegaskan kerjasama itu tidak boleh tanpa batasan.

Gerakan itu juga sepakat mengambil ketetapan terbaru itu sejajar dengan respon Anwar baru-baru ini bahawa beliau mengalu-alukan kesediaan Dr Mahathir untuk PH, dalam tujuan memperluas jaringan agenda perjuangan pembangkang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana