Setiausaha Agung Perkasa jadi ‘tukang karut’ …nak cemar majlis PM...Dulu Kononnya PERKASA Bantu Melayu Kini.....!

PERKASA ditubuhkan untuk membela Nasib MELAYU kini macam nak masuk Politik Plak kerana bagi sokongan kuat kepada MADEY....Kini MADEY menjadi rakan sekutu DAP.Apa sudah jadi PERKASA....tiada Pendirian langsung.Baik Bubar lah saja PERKASA ini.

Inilah yang dikata ada hati nak tunjuk jaguh…main hentam cakap.Akibatnya level orang macam Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali sudah jatuh standard jadi ‘ tukang karut’ untuk cemarkan majlis perasmian pecah tanah projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Kuantan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Rabu.

Soalnya apakah beliau sendiri hadir pada majlis yang berlangsung di di KotaSAS itu atau main dari jauh kutip cakap puak yang memang tidak pernah senang pada kerajaan.

Rasanya Syed Hassan akan merasa malu sendiri mengeluarkan kenyataan yang disebar di serata media sosial mendakwa kononya suasana majlis perasmian itu seolah Malaysia sudah dijajah oleh China….jika beliau sendiri hadir.

Eloklah Syed Hassan jawab segera apakah beliau hadir atau tidak atau main ‘tembak’ saja.

Mungkin sudah kering modal atau nak cari publisiti murah Setiausaha Agung Perkasa ini tiba-tiba mau bikin kontroversi pasal majlis itu dengan mendakwa identiti negara sudah hilang.

Antaranya beliau berkata : “Perkasa sangat kecewa identiti negara hilang dalam majlis tersebut. Kelihatan bendera sepanjang jalan dalam bahasa Mandarin. Satu bendera Malaysia pun tidak ada. Apakah tidak dibenarkan bendera malaysia diletak atau digantung untuk majlis tersebut?

“Perkasa dimaklumkan majlis pecah tanah tersebut tiada rasa seperti di Malaysia. Penuh dengan bendera-bendera tulisan Mandarin.

“Perkasa menganggap pemimpin kerajaan sekarang sanggup gadai maruah negara dan bangsa demi projek pembangunan. Hal ini tidak berlaku semasa negara membina KLIA, Putrajaya, ERL, LRT, Litar F1, West Port, Menara Berkembar Petronas dan lain-lain projek mega negara sebelum ini.

Di manakan jati diri pemimpin-pemimpin negara sekarang.???”

Ini membuatkan ramai yang hadir pada majlis perasmian pecah tanah ECRL itu terkejut kerana keadaan sebenarnya tidaklah seperti yang didakwa Syed Hassan.

Apa yang buat lawak dan memalukan gambar banner yang digunapakai oleh Syed Hassan untuk kenyataanya adalah satu majlis lain yang diadakan sebelum majlis pecah tanah oleh Perdana Menteri.

Gambar berkenaan ialah semasa majlis antara pekerja syarikat kontraktor China CCCC sahaja untuk meraikan pengerusi mereka.

Untuk menangkis dakwaan Syed Hassan itu…Ketua Pemuda Pahang Sahar Abdullah telah mengeluarkan kenyataan rasmi memberitahu keadaan sebenar.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana