SELEPAS TUN M DILANTIK PENGERUSI PH, PKR HARUS DIBUBARKAN

3 Nakhoda dalam satu kapal membuatkan Pakatan Harapan semakin bercelaru. Pandangan dan nasihat dari siapa yang mereka perlu akur dan laksanakan selepas ini.

Anwar Ibrahim dengan sikap mengarahnya, Tun M dengan sikap diktatornya dan Wan Azizah yang sentiasa tiada prinsip serta mudah dicucuk hidungnya.

Selepas memberi pengampunan yang paling agung ke atas Tun M dengan memberi jawatan dan kerusi Parlimen dalam jumlah yang tinggi kepada PPBM, PKR seharusnya dibubarkan buat masa ini.

Ini berikutan perjuangan membebaskan Anwar Ibrahim dari tahanan ISA telah terlaksana. Anwar dipenjarakan pada saat ini pun sebab kesalahan liwatnya sahaja.

Perjuangan Reformasinya juga sudah tidak relevan kerana segala-galanya telah menjadi U-Turn. Perjuangan PKR dan Pakatan Harapan adalah milik DAP dan Tun M. Tiada apa yang yang boleh di TRANFORM kan PKR dalam pakatan pembangkang tersebut.

Kehadiran PRK selama ini juga tidak langsung menyumbang kepada pembangunan negara terutamanya perpaduan bangsa Melayu dan umat Islam.

Bangsa Melayu kini berpecah tiga angkara PKR, dan apabila ini berlaku, kekuatan Melayu akan bertambah luntur dan pihak yang menggaut keuntungan ialah DAP.

Cukuplah 20 tahun Anwar menghuru harakan politik negara dan menggugat agenda ‘Ketuanan Melayu’.

Apakah rakyat telah lupa, Anwar telah mengarahkan Wan Azizah sebagai Presiden PKR untuk menghapuskan Ketuanan Melayu dalam ucapannya pada konvensyen 2010 parti itu?

Inilah rancangan sebenar Anwar untuk menghapuskan kekuatan bangsa Melayu dengan melenyapkan institusi raja-raja serta kedudukan utama Islam dan membuka ruang seluas-luasnya kepada DAP untuk melaksanakan program Malaysian Malaysia mengikut acuan Singapura.

Oleh sebab itu bubar sahaja PKR, baru kekuatan Melayu akan pulih dan Umno akan benar-benar dapat menumpukan fokus membela nasib agama, bangsa dan negara.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana