SALLEH BIDAS DAKWAAN GOLONGAN ‘TIDAK MALU’ MAHATHIR...TUA TAK SEDAR DIRI

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad diberi peringatan untuk tidak bersikap seperti ‘bagai ketam menyuruh anaknya berjalan dengan betul’ berhubung kenyataannya terhadap Perdana Menteri (dan keluarganya), menteri dan pegawai kerajaan, tegas Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Salleh, dalam catatan terbaru di laman blognya berkata tuduhan berat Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) terhadap ketiga – tiga golongan tersebut seolah – olah beliau mengamalkan pentadbiran ‘bersih’ sepanjang berkhidmat sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun.

“Dakwaan Tun ini berat. Ia seolah-olah Tun cukup bersih semasa zaman pemerintahannya.

“Hasil kajian pandangan sarjana tentang pemerintahan Tun bermuara pada rumusan berikut: Tun memerintah dengan prinsip Machiavellian, mengamalkan penaungan politik serta amalan kronisme dan nepotisme,” ujarnya.

Tambah Salleh, Tun Dr Mahathir seharusnya mengingati kembali beberapa sejarah kegagalan semasa pemerintahannya termasuk pelaburan risiko yang telah dilakukan oleh BMF di Hong Hong, kerugian Maminco untuk mengawal harga timah, kerugian Syarikat Perwaja Steel, skandal Forex serta penswastaan syarikat penerbangan negara, Malaysia Airline (MAS).

“Apa yang terjadi kepada semua syarikat dan pelaburan di atas? Rugikah? Untungkah? Bermaruahkah? Jika Tun ingat kepada semua perkara ini, tidakkah Tun juga berasa malu dengan apa yang telah terjadi?

“Saya tidak memperincikan tulisan ini. Tetapi sekadar mengingatkan Tun, janganlah dalam keadaan sekarang setelah meninggal Umno Tun menjadi seperti kata pepatah “bagai ketam menyuruh anaknya berjalan dengan betul,” tegas beliau lagi.

Terdahulu, Tun Dr Mahathir dalam blognya, Chedet telah menyenaraikan tiga golongan ‘tidak malu’ di negara ini termasuk Perdana Menteri (dan keluarganya), menteri, dan pegawai kerajaan berpangkat tinggi yang beliau gelarkan sebagai pencuri, perasuah dan penyangak.

Golongan ini, kata Tun Dr Mahathir berada di kedudukan sekarang bukan kerana kebolehan, tetapi kerana kenaikan pangkat yang tidak mengikut aturan peraturan, dan bercanggah dengan undang-undang serta mendapat jawatan kerana cekap membodek, malah tidak malu melaksanakan arahan yang salah diberikan oleh ketua.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana