Rakyat Kena Faham, Taktik Pembangkang

1. Tujuan Pembangkang, hanya satu iaitu mahu mendapat kuasa. Kelebihan-tiada.

2. Cara mereka menarik sokongan mudah sahaja, janji bulan bintang, buat kenyataan fitnah dan bohong. Jika cara itu tidak berimpak, maka buat kenyataan untuk mengelirukan.

3. Rakyat Sabah terutama yang suka melayari internet, akan menemukan “page-page” yang pro pembangkang, ada yang mengunakan nama betul, ada juga menggunakan nama samaran, dengan lambang-lambang tumbuh-tumbuhan, haiwan dan lambang-lambang abstrak.

4. Bagi mereka yang menggunakan nama-nama samaran, termasuk akaun-akaun palsu, adalah mereka yang dikhususkan membuat dakwaan-dakwaan fitnah dan bohong. Manakala mereka yang mengunakan nama betul, mengkhususkan diri mereka dengan janji-janji bulan bintang dan maklumat-maklumat yang mengelirukan.

5. Contoh mereka yang menggunakan nama betul, adalah para pemimpin pembangkang seperti Junz Wong, Loretto S Padua Jr, Aziz Jamman (Ketua Wira Parti Warisan Sabah), mereka ini selain bertindak memberikan maklumat yang mengelirukan aka putar alam, juga memasukkan unsur fitnah dan bohong.

6. Junz Wong, pernah digantung sebagai ADUN Sabah, kerana berbohong, berkaitan seorang wanita yang mencederakan dirinya, akan tetapi menurut ADUN Likas itu (semasa ADUN DAP), kononnya kecederan akibat ragut di sebuah pasar raya di ibu negeri. Tujuaan dakwaan itu, adalah “undermind” pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

7. Pembohongan terbaru Naib Presiden Parti Warisan itu, adalah berkaitan Kapal buatan Vietnam yang dioperasikan oleh nelayan tempatan. ADUN Likas itu berbohong, kononnya kapal-kapal itu dioperasikan oleh rakyat Vietnam. Tujuan kepada dakwaan itu, agar rakyat negeri Sabah, khususnya para nelayan akan marah kepada kerajaan, kerana membenarkan rakyat asing menuai hasil laut negeri.

8. Kenyataan Mohd Azis Haji Jamman yang menafikan kenyataan Datuk Seri Anifah Haji Aman berkaitan perilaku Datuk Seri Mohd Shafie Apdal semasa masih Menteri KKLW, adalah satu kenyataan meneggakkan benang basah. Sebabnya, Ketua Wira parti Warisan itu, tidakpun berada di lokasi, kerana tiada kaitan dengan kementerian KKLW atau dengan Mohd Shafie Apdal sendiri, kerana tiada rekod bahawa dia merupakan pegawai Mohd Shafie Apdal.

9. Begitu juga, kenyataan Loretto S padu Jr berkaitan pencapaian Kementerian KKLW, kononnya di bawah presiden parti Warisan itu, KKLW mendapat pujian, mendapai KPI yang tinggi. Sedangkan, Setiusaha Agung parti Warisan itu, tiada rekod pun sebahagian daripada badan penilai bagi kementerian-kementerian. Siapa Loretto S Padua Jr yang boleh membuat kenyataan berkaitan KKLW?

10. Siapa Loretto yang boleh menafikan kenyataan Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, berkaitan KKLW. Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman bercakap berasaskan fakta, bukan rekaan. Kenyataan berkaitan KKLW semasa di bawah Mohd Shafie Apdal, bukan sahaja diterangkan di hadapan umum, akan tetapi di sidang Dewan Undangan Negeri pun telah disentuh panjang lebar.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment