Projek Tambak Laut tidak masuk akal - UMNO Balik Pulau

Rancangan mega kerajaan negeri Pulau Pinang menambak laut di kawasan Batu Maung di selatan negeri itu bagi menjadikan tiga pulau ala- ala Dubai  dilihat tidak masuk akal sehingga mendapat protes dan bantahan sejak awal-awal lagi  daripada UMNO negeri itu.

Demikian dinyatakan seorang pemimpin kanan UMNO negeri yang berpendapat, rancangan kerajaan negeri pimpinan Lim Guan Eng itu memperlihatkan tindakan pemimpin DAP itu yang jelas tidak prihatin dengan rakyat di kawasan berkenaan.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Balik Pulau , Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya, bantahan tegas dibuat UMNO itu kerana bimbang jika rancangan tersebut dilaksanakan ia akan menjejas punca pendapatan dan mata pencarian 1,800 nelayan sedia ada di kawasan berkenaan.

"Memang lah ini projek  kerajaan negeri Pulaun Pinang  pimpinan  Lim Guan Eng... masalahnya dia tidak prihatin nasib rakyat di kawasan dia nak tebus guna tanah itu adalah kawasan paling kaya dengan hasil laut seperti ikan, udang, ketam dan siput.

"Pergilah ke pantai Gertak Sanggol tiap-tiap hari (anda) boleh cari siput dan di kawasan yang hendak ditebus guna tanah ini juga, mata pencarian nelayan bergantung kepada hasil laut.

“Kawasan ini adalah yang paling kaya  dengan sumber ikan dan di kawasan ini kerajaan negeri memang bercadang hendak melakukan tebusguna tanah seluas 4,500 ekar ataupun 1,800 hektar.

"Jadi ini merupakan  satu kawasan yang luas jadi yang dia (Guan Eng )  nak ambil tu kawasan yang memang paling kaya dengan  sumber ikan jadi bila saya bangkit perkara ini semasa Perdana Menteri (PM) yang melawat ke Balik Pulau baru-baru ini, PM respon.

"Dia (PM)  kata nak buat apapun janganlah menjejaskan,  janganlah letakkan pasir dalam periuk nasi rakyat.yang dalam hal ini ada 1,800 nelayan yang akan terlibat jadi kalau ditebusguna tanah juga maka hilanglah mata pencarian mereka.

"Bila kawasan ni hilang nanti nelayan tak ada tempat nak pergi dah, tempat ini tempat pembiakan ikan,  kalau dibayar satu juta ringgit seorangpun tak ada makna kerana tak ada tempat lagi mereka nak cari makan’”

“PM memang faham masalah kita dan kita dapati kenyataan dibuat PM tu keras dituju kepada kerajaan negeri agar batalkan saja projek ini . . . janganlah sampai menjejaskan pendapatan  rezeki orang,’’ katanya.

Dr Hilmi yang juga Timbalan Menteri Kesihatan berkata demikian kepada pemberita selepas meraikan 313 pesara kakitangan Jabatan Kesihatan Negeri Perak di  majlis Jasamu  dikenang budimu ditatang di Hotal Casuarina @ Meru, Ipoh pada Isnin.

 Katanya  sebagai ketua UMNO Bahagian Balik Pulau. “saya (kami) awal-awal lagi melakukan bantahan . . .  tak masuk akal sebenarnya  apa yang kerajaan negeri nak  buat. . . dia nak tebusguna tanah ini  untuk bina public transport yang kosnya RM 46 bilion.

 ``Saya kata tidak ada kerajaan negeri yang mampu buat sendiri projek yang mega macam ni . . . tak masuk akal nak guna projek ini bagi menampung kos pembinaan pengangkutan awam  di negeri ini,’’katanya.

Serentak dengan itu Dr Hilmi  berkata, UMNO Bahagian Balik Pulau menyambut baik dan menyokong penuh jaminan Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak  bahawa  kerajaan Pusat tidak akan memberi kelulusan kepada projek itu jika ia menjejaskan penduduk dan alam sekitar.  

 Untuk  rekod projek yang akan mewujudkan kawasan tambahan seluas 4,500 ekar melalui tiga pulau di laut mengadap Permatang Damar Laut dan Teluk Kumbar itu dibimbangi akan jejas mata pencarian 1,800  nelayan dan alam sekitar di situ.

Baru-baru ini ketika berucap pada majlis jamuan rakyat sebelum perasmian mesyuarat UMNO bahagian Balik Pulau, PM memberi jaminan kerajaan pusat tidak akan beri kelulusan  jika ia jejaskan penduduk dan alam sekitar.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana