Projek ala-Dubai di Pulau Pinang…PM jamin tak lulus jika jejas nelayan dan penduduk

Rancangan kerajaan DAP Pulau Pinang nak buat projek tambak laut wujudkan tiga pulau buatan ala-Dubai di laut selatan pulau itu telah menimbulkan keresahan dan protes dikalangan para penduduk dan nelayan.

Projek yang akan mewujudkan kawasan tambahan seluas 4,500 ekar melalui tiga pulau di laut mengadap Permatang Damar Laut dan Teluk Kumbar itu dibimbangi akan jejas mata pencarian 1,500  nelayan dan alam sekitar di situ.

Apapun kelulusan projek mega itu yang bertujuan untuk bina rumah dan kondo mewah bergantung kepada laporan impak alam sekitar (EIA) yang dibawah merupakan kuasa kerajaan persekutuan.

Sabtu…orangramai di kawasan itu mendapat berita gembira dari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang ke Balik Pulau tidak jauh dari situ untuk rasmi mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian berkenaan.

Berucap pada majlis jamuan rakyat sebelum perasmian mesyuarat UMNO Bahagian beliau memberi jaminan kerajaan pusat tidak akan beri kelulusan kepada projek itu jika ia jejaskan penduduk dan alam sekitar.

Beliau menjelaskan soal berkenaan tiada kaitan dengan fahaman politik.

"Kita menolak sesuatu cadangan kerajaan negeri bukan kerana kerajaan negeri daripada parti pembangkang, ini bukan pendirian kita," katanya.

Menurut Najib sebelum ini pun kerajaan persekutuan lulus pelbagai projek di negeri itu sekalipun ia ditabir oleh pembangkang.

Katanya projek tambak laut itu ibarat campak pasir dalam periuk nasi 1,500 nelayan.

“Nelayan jangan bimbang, kalau merugikan rakyat, kerajaan persekutuan tidak akan sokong,”katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana